Got a job.

Assalamualaikum.

Selamat melangkah ke tahun 2025. First entry untuk tahun ni.

Jujur aku cakap penat tau. Tahun ni agak mencabar pada aku sebabnya dah habis phd masih ada satu paper kajian tergantung. Jadi surat senat pun tergantung. Lepastu aku interview kerja tahun lepas semua kena reject. Hujung tahun lepas aku hantar 4 jawatan dua je panggil interview. Satu cakap nak panggil, tapi tak panggil-panggil. Satu dah kena reject, tapi aku tak mengharap sangat la position tu sebab itu projek besar under jabatan perhutanan gred gaji pun 58, semua candidate pun pangkat Dr semua. Tapi tu pengalaman iv yang paling best aku rasa. Sebab candidate just empat orang je. Nak panggil masuk dalam punya la lama. Sempat la kami berkenalan antara satu sama lain, berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing dan bertukar no phone sebagainya. Jadi pergi iv pun dapat input tau. Nak pula kalangan Dr-Dr. Banyak la diorang bagi cadangan dan nasihat pada aku yang bakal Dr ni (sebab belum konvo kan mana panggil Dr lagi). Antaranya, " You should proud yourself if your got this position. It's a ladder to you to get higher position after this. Eventhough you are new." kata sorang Dr tu sebab dia paling senior situ dah pencen pun. Jadi memang aku tak harap la aku dapat position tu sebab aku baru habis je dia pula dah pencen semua orang di jabatan tu kenal dia. Tapi dia cakap la. Kalau diorang mahu idea baru mungkin pilih kamu. Kalau mahu idea lama mungkin akan ambil saya. Tapi aku tahu dia akan dapat tu sebab dia keluarkan ayat macam tu pada aku. Dan empat hari kemudian aku dapat result reject.

Namun alhamdulillah, ada juga rezeki aku walaupun projek setahun lebih je dapat la juga. Aku di panggil balik Sabah untuk projek zoonotic penyakit pada primate sebagai pembantu penyelidik. Tempat kajiannya di kawasan kajian phd aku dulu kalabakan. Tapi tu la tergiang-giang di kepala aku ni sebab aku tak tahu gred gaji sebagai pembantu penyelidik bagi phd berapa. Aku demand ikut yang pernah aku dapat dan diorang approved. Sekali aku check di chat gpt cakap gred tu untuk kelayakan master bukan phd. Ah aku jatuhkan nilai kelayakan phd dan pengalaman aku rupanya. Nak betulkan apa yang aku request sebelum ni malu dan aku tak pasti berapa geran diorang. Patutkan aku betulkan atau biarkan je? Ah risau. Banyak juga beza nilai tu. Takut pun ada. Takut macam diorang cakap, kerja tak pasti lagi buat macam mana, duit dah dua tiga kali request dah ni. Tapi kerja aku kena travel kena la gaji tinggi dan lumayan. Tu pun aku nak request gred gaji minimun untup phd je bukan yang tertinggi. Tolong aku weh patut ke aku betulkan?

Next month aku dah start kerja dan kita dah start puasa. Cuti raya aku pun tak tahu macam mana. Kita tak berduit ni patut ke beli tiket flight dulu. Sebab takut mahal. Gaji tak tau bila. Kerja pun belum balik sabah pun belum dah kira duit dah kan.

Aku doakan sesiapa disini yang tengah cari kerja yang tengah nak pebetulkan hidup dan baiki hidup lebih baik ke, moga semuanya dipermudahkan. Bagitu juga di akhirat nanti.

Pukul 3 pagi.
Rumah kakak belakang hospital.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..