Takziah..


Terkesan aku petang tadi.. bilamana lepas makan petang tetiba berdesub mesej personal dari student- student undergraduate bertanyakan pada aku tentang doctor di tempat aku belajar, meninggal ke?

Innalillahiwainnailaihirajiun..

Doctor ni bukanlah doctor yang lama aku kenal.. kiranya dalam baru setahun lebih begitu.. kalau cakap pun macam sindir-sindir gitu.. sebab aku pun pernah kena.. sebab tegur dia belum pulang je.. dah dekat maghrib time tu.. gitu la.. sebab aku guna bilik belajar dia untuk id semut-semut aku tu.. dan dia mengajar taksanomi serangga.. dan  sepanjang aku belajar di sini.. majoriti ramai student-student undergraduate yang tak berapa suka dengan dia atau cara dia.. ada je cerita diorang.. 

sepanjang aku kenal doctor ni.. pernah seorang dalam banyak-banyak orang yang selalu cerita kebaikan doctor ni.. iaitu crush aku.. ahh..crush pula.. selalulah dia cerita kebaikan doctor ni.. banyak tolong diorang sepanjang pengajian master mereka, belanja makan dan sebagainya.. dan dia jugalah yang jaga mak dia yang sakit dan tak kawen-kawen demi jaga mak dia yang lumpuh.. aku tak menafikan yang itu.. ya.. bukan bab belanja makan..tapi bab pengajaran pun, doctor ni banyak membantu aku.. ajar aku buat kuadrat yang dia tak puas hati gila awal-awal.. sampai disuruh praktis sampai kira cekap gak la mengorek2 tanah ni.. ajar aku pemasangan winkler semut dan sebagainya.. dan dia juga la yang datang tegur aku time aku nervous present simposium under institut... cerita pada aku macam mana mula-mula dia dapat menjadi pensyarah disana.. begitulah.. sebenarnya sikit sebanyak cerita dia buat aku tak give up untuk teruskan cita-cita aku menjadi pensyarah walaupun getirnya keadaan.. 

Aku tak tau nak kata macam mana.. walaupun waktu hidupnya ramai student tak suka.. sebab dia straight sikit markah dan dalam mengajar aku pun aku perasan dia straight sangat.. tapi sebenarnya dia banyak membantu.. dan majoriti student-student undergraduate yang aku kenal.. yang selalu gosip-gosip tak suka dia, semua terkesan dan sedih dengan ketiadaan dia...

Paling terkesan sangat aku dengan kawan aku Koid.. dah la dalam bilik tu kami bertiga je.. dia selalu gak jeguk2 bilik tu.. tanya aircond tak sejuk ke korang ni.. terkesan kami... memo "jangan turunkan suhu bilik ini" itu sebagai memori..

Moga roh Prof Madya Dr. Baktier ditempatkan di kalangan orang yang soleh.. Aaaminn..





Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..