Fobia dengan kehidupan
Assalamualikum,
Hidup aku dah berbalik dah pada kehidupan sebelum ni. Dimana saat-saat kehidupan master dulu. Masing-masing sibuk bertanya bila nak habis belajar, bila nak dapat kerja tetap. Soalan tu sebenarnya soalan yang menyusuk kalbu bagi pelajar-pelajar pascasiswazah. Kesamaan soalan ini adalah sama seperti soalan orang yang lepas kawen ditanyakan bila nak dapat anak. Sedih weh. Sensitif sangat.
Bulan ni adalah bulan terakhir aku dapat elaun bagi pengajian aku, elaun universiti. Elaun lain ada lagi sampai bulan 11 ni. Mak aku dah mula dah buat gelabah dia, bila aku nak habis belajar. Bila aku nak dapat gaji dari usaha aku sendiri. Masalahnya, aku pun tak ada jawapan. Aku sendiri pun kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa susah sangat aku nak dapat kerja sedangkan merata aku pohon kerja. Selalu aku positifkan diri, ada tu rezeki aku belum muncul lagi. Tapi mak aku sentiasa buat aku sentap. Dia cuba musnahkan kepositifan diri aku dan buatkan aku rasa down. Selalu aku mengeluh sendiri.
Aku tak salahkan mak aku semata. Ya, aku tahu mak aku dah pencen. Sekarang duit pencen dialah untuk sara hidup. Mak aku tak harapkan anak-anak, tapi harap anak-anak dapat survive dalam kehidupan masing-masing dengan harapan ada kehidupan yang menjamin masa depan kami. Tapi mak aku tak ada kesabaran. Positif side aku cakap, mungkin ini caranya untuk mak aku lepaskan kerisauan diri dia. Aku call mak aku hari ni. Aku nampak muka dia macam tak larat. Bila dia cakap, bila aku nak habis belajar dapat kerja tetap. Aku tau dia risau, tambahan pula situasi kesihatan dia juga tak berapa bagus. Tapi itulah. Kadang-kadang aku fobia dengan kehidupan aku. Harap, mak aku sentiasa sihat dan dia sempat tengok aku berjaya, dapat kerja tetap dan ada keluarga sendiri. Aku dah 30an, itu yang menyebabkan dia bertambah risau.
Aku belajar dari diploma, bachelor, master dan phd. Setiap peringkat pengajian tu aku cuba juga memohon kerja dan pergi temuduga SPA8. Aku rasa sehingga hari ni mungkin lebih 20 kali aku dah hadap temuduga. Tapi belum juga jadi rezeki aku. Lepas master paling banyak aku cari kerja. Aku sembunyikan sijil master aku takut tinggi sangat, aku tunjuk sijil master, tapi tetap sama. Pernah dua kali dapat simpanan dalam kerajaan tapi last-last bukan rezeki aku juga. Aku kerja biasa-biasa untuk simpanan sendiri. Mengajar tuisyen dan kerja insurans. Aku enjoy je mengajar tusiyen, layan kerenah budak-budak sekolah terutamanya sekolah rendah dan menengah rendah.Diorang ni happy dan enjoy waktu aku mengajar. Walaupun gaji tak banyak tapi okey la. Dari RM30 sebulan dan last gaji aku dapat hampir RM1000 sebulan, setahun lebih juga aku mengajar. Boleh la duduk kampung je kan. Sempat la aku rasa tukar phone baru dan duit tu juga aku guna untuk bayar yuran permulaan pengajian phd aku sekarang. Tak bestnya, bila aku dengar suara yang cuba merendah-rendahkan pendidikan.
Dikalangan keluarga besar aku, tak ramai yang masuk universiti. Boleh kira dengan jari. Tapi masing-masing ada kerja tetap dan bekerja dengan kerajaan. Kami lepasan universiti dipandang rendah oleh ahli keluarga besar, sebabnya tak ada kerja tetap walaupun dah habis belajar. Ada suatu ketika tu, sepupu aku nak isi upu bagi kemasukan pengajian tapi sepupu aku yang lain nasihatkan dia dengan menggunakan contoh 'kami' lepasan univeriti masih menganggur. Cerita itu sampai pada aku bila mak-mak saudara lain bercerita. Aku tak balas tapi aku kecewa. Sebab bagi aku itu rezeki masing-masing. Walaupun kehidupan itu lumrah. 4:1, dalam empat lepasan universiti seorang yang dapat kerja yang bagus dan betul-betul pada tempatnya. Tapi bergantung, semua bergantung pada rezeki dan usaha.
Cerita tentang fobia aku. Bukan dari disebabkan oleh kata-kata tu menyebabkan aku sambung pengajian ke peringkat falsafah. Sebab ini memang minat aku sejak aku masuk universiti lagi. Aku nak jadi saintis dan ceburi diri dalam bidang penyelidikan. Walaupun kadang-kadang aku rasa down dan terfikir, kenapa la aku minat sangat bidang ni. Bidang aku tak susah, bagi aku menarik dan enjoy. Tapi kadang-kadang persekitaran yang menyebabkan keadaan rumit, merimaskan dan membuatkan kita rasa down dengan dimana kita berada. Aku rasa kalau persekitaran positif ,tenang bantu antara satu sama lain. Itu memang enjoy je kot. Oh, belum masuk bab fobia lagi.
Apa yang aku fobia dengan kehidupan ni? Sebenarnya aku fobia dengan fasa-fasa mencari kerja. Penat. Tahap keyakinan diri pun kadang-kadang jatuh menggunung. Sebab-sebab diatas adalah puncanya. Expectation orang terlalu tinggi pada lepasan universiti, tapi bila tak dapat seperti diharapkan orang rendah-rendahkan kami. Mungkin kami bukan manusia. Tiada hati dan perasaan, mungkin. Oleh sebab tu, aku rasa aku selesa dimana aku berada sekarang. Sebab tu kadang-kadang nak balik kampung pun tak nak sebab penat dengan situasi dan penat dengan soalan. Berbasi-basi pun lihat pada keadaan, jangan sampai menyakitkan. Mungkin ni salah satu sebab bila mana-mana anak perantau habis belajar taknak pulang ke kampung halaman masing-masing. Sebab sakit dengan persoalan persekitaran. Duduk rumah sambil mencari kerja dikatakan lepasan universiti pun tak dapat kerja. Tak balik kampung halaman pula kata kacang lupakan kulit.
Tapi dalam situasi aku sekarang, aku rasa takut untuk habiskan pengajian aku. Dimana aku takut rasa fasa-fasa yang sama. Aku dah penat. Dah penat lalui zaman-zaman cari kerja tapi tak dapat. Dah penat dengan pandangan orang. Untuk aku sambung post-doc pun, aku rasa cukup la setakat ni. Aku dah penat. Walaupun sekarang aku dah tamat elaun, tapi penempatan masih lagi ada dan tinggal secara percuma selama setahun kerana aku terlibat dalam pentadbiran kolej kediaman universiti. Aku harap dalam tempoh ini aku dapat cari kerja untuk tampung kehidupan aku, boleh je aku terlibat sebagai sukarelawan ppv untuk sara hidup. Tapi aku nak selesaikan kerja-kerja aku dulu. Lepas tu barulah aku cari kerja lagi di kawasan-kawasan berhampiran dengan aku. Doakan aku kawan-kawan supaya dapat kerja tetap cepat-cepat. Aamiin..
Rumah felo, Blok A2, KKTPAR
21092021 0025pm Teremosi malam ni. Id semut lagi 15% nak habis.

Comments
Post a Comment