::tak bersemangat::
assalamualaikum semua...
hari nie hari tak bersemangat aku.. sebab hari nie adalah hari terakhir aku di rumah.. dan esok aku dah start mula kuliah..
aku tau.. bagi orang lain mungkin bagi mereka cukup bersemangat dan excited sangat nak balik ke kampus... nak mulakan sesi baru pengajian.. dengan azam baru dan semangat baru.. dan target baik2 punya result untuk tahun nie.. walaupun mulut cakap tak nak balik.. tapi hati tetap nak balik.. dan sangat bersemangat.. aku tahu.. sebab aku dulu pun macam tue juga... bersemangat.. tapi sekarang semua tue dah berubah cuma atas satu sebab...
ya.. aku mengaku.. aku bab belajar aku memang sangat excited.. tak pernah ada penyesalan pun dalam diri aku.. seboleh2nya aku nak dapat banyak ilmu.. nak belajar rajin2 walaupun aku ada perangai malas aku..tapi aku nakkan ilmu... namun disebabkan oleh satu faktor nie.. semangat aku rosak.. diri tak bermaya.. dan semangat2 yang aku ada sebelum nie.. dah hilang.. terutama bila terfikir untuk balik ke kampus.. sangat berat untuk aku melangkah pergi.. terasa beban berat di badan untuk aku balik.. sebabnya terfikir satu benda nie.. hidup bagaikan di penjara..
ko memang pelumpuh semangat aku.. memudarkan semangat aku untuk terus belajar dengan baik.. bukan tanggungjawab yang aku rasa.. tapi bagi aku adalah bala..bebanan dari mulut yang berbisa.. bala disebabkan oleh mulut manusia yang berbisa.. aku menyempah dengan mulut2 manusia itu.. belangnya lebih dari ilmu didada.. kegilaan pangkat menjadi kuasa.. manusia.. tolonglah.. kau pun manusia biasa.. bukan malaikat yang turut dari langit.. manusia belajar dari kesalahan ok.. bukannya dilahirkan dengan kesempurnaan..
aku tak kisah dengan undang2 dan disiplin..sebabnya bagi aku.. undang2 dan disiplinlah yang melatih manusia.. untuk lebih berjaya.. tapi aku tak tahan dengan mulut manusia.. mahu jew aku potong dan cincang lidah yang tak peri kemanusiaan itu.. manusia ada kudratnya.. ada kemampunya.. ada masa dan ketika untuk bersabar.. dan hati dan otak untuk memahami setiap butiran kata.. jangan anggap kami budak tadika yang tidak tahu apa sehinggakan urusan kehidupan pun nak ditentukkan..
dan jangan ingat kami budak tadika yang tidak tahu undang2 dan peraturan untuk di patuhi.. manusia mengunakan kuasa pangkat itu bodoh bagi aku.. sekiranya tidak tahu erti kemanusiaan.. tak tahu erti disiplin sebenar.. dan aku bukan manusia bodoh yang kau anggapkan untuk memperlekehkan aku dengan pangkat mu.. aku persetankan semua tue.. dengan kekerasan hatiku.. beginikah kehidupan orang beruniform.. menggunakan pangkat untuk kegilaan sedangkan ilmu tidak sampai setinggi langit.. hilangnya resam padi semakin berisi semakin tunduk.. dan orang berilmu tidak akan menggunakan pangkat untuk mengerahkan manusia.. tapi kebijaksanaan yang digunaan untuk menguasai manusia..
maaf.. andai aku bercoletah panjang disini.. disebabkan rasa menyampah aku pada sistem pangkat yang agak gila tue.. aku dah start berceloteh disini.. namun apa2 pun.. aku harap sangat pada korang yang kat luar.. kalau nak melatih manusia.. bukan kekerasan atau maki hamun yang mampu mengajar manusia menjadi yang terbaik.. tapi didikan terbaik adalah perkara penting dalam kemanusiaan.. aku tak tahulah.. kalau dalam peperangan sikap kejam tue mesti dipupuk.. namun aku rasa kalau masih memikirkan misi kemanusiaan... negara still dapat dipertahankan.. asalkan dalam hati penuh dengan semangat cinta... dan semangat pertahankan tanah air dari sebarang anasir2 asing yang membawa kerosakkan kepada agama.. bangsa dan negara tercinta.. itu yang perlu disematkan..
bukan dengan diri manusia yang gila pangkat.. hipokrit dan gilakan penghormatan.. sila sedar manusia2 yang beruniform di sekitar diri aku.. sebab aku tak nak ''mentionkan'' nama mengelak ketecemara berlaku disini..
ayuh semangatku .. fokus pada study.. bukan kegilaan pangkat yang "sampah" macam nie...
sistem pangkat yg mcm mane tu??
ReplyDeleteape pun hrp2 smgt tuk stdy diteruskan..dan slmt memulakan pengajian semula..=)
biasa la.. pangkat mengikut kesenioritian.. junior senior.. tapi yang jadi "sampahnya" disebabkan benda yang kecil pun diperbesarkan.. mulut la paling tak tahan sekali.. guna pangkat nak suruh orang respect.. tapi tak pandai respect orang lain..
ReplyDeletebanyak lagi orang yang lebih tinggi pangkatnya.. but still mampu respect orang lain.. berbanding orang yang ilmu sikit nie.. nak megah lebih.. buat orang sakit hati melihatnya..
=sorry teremosi=