:: dairi aku dan alergi::

hampir 4 bulan..  aku asyik diserang gatal-gatal dan bintik-bintik gatal, seperti kelopok garam.. yang sangat aku menyampah.. tapi waktu kejadian.. sangat konsisten.. iaitu waktu malam dan pagi.. dan tengahari dan petang.. badan aku normal licin seperti sediakala.. seperti tidak pernah ada apa-apa sebelum nie..
pada awalnya.. aku ingatkan aku jadi sebegini.. disebabkan oleh keadaan selalu yang terjadi pada aku.. biasa la.. aku nie kekadang .. sering jadi kelopak garam.. asal masuk hutan jew... mesti kena.. tapi bila aku masuk dalam bidang perhutanan... penyakit tue.. dah kurang.. melainkan aku pergi ke Mulu ari tue jew.. tue pun selepas aku sapukan garam.. ke bahagian badan.. yang gatal-gatal.. badan aku kembali normal.. 

tapi kini... masalah kerap terjadi.. tiap-tiap hari.. 

semasa CNY... baru-baru nie.. aku pulang ke rumah untuk mengambil ubat.. dari kejadian nie.. cz aku pernah ambil ubat di pusat kesihatan universiti.. tapi doktor pakistan tue.. macam tak dapat nak detect jew... masalah aku.. dan ubat yang dier beri pun x berkesan langsung.. iaitu.. ubat cecair dalam botol yang perlu disapu ketika gatal... hasilnya.. x memberi effect langsung kepada kegatalan tersebut.. sehinggalah aku belikan.. sebotol ubat dettol.. baru berkesan sedikit..

berbalik kepada cuti CNY.. aku menggunakan peluang untuk mengambil ubat.. bagi menyelesaikan masalah ini... kepada seorang doktor india.. yang biasa dengan masalah kulit.. setelah pemeriksaan dijalankan.. didapati aku sebenarnya mengalamai alergi.. yang mana aku sendiri x pasti aku alergi apa..  yang pasti aku dinasihat.. jaga pemakana aku.. dan makan ubat.. pada masa yang sama satu suntukan diberikan .. bagi menghilangkan kegatalan..

aku diberi ubat pagi dan malam.. dan satu krim gatal.. seperti aturan.. aku makan ubat yang diberikan.. hilang segala kegatalan aku selama sebulan... namun.. selepas.. habis segala ubat.. kaki tangan aku.. mula kembali seperti biasa.... tompok-tompok gatal mula kelihatan...hampir setiap hari tergaru-garu seperti monyet.. tension aku dibuatnya.. dan waktu kejadian x seperti dulu lagi.. mula tidak seragam.. suka hati jew.. nak wujud waktu mana.. sedangkan.. pemakanan aku sering aku jaga.. makanan yang menyebabkan kegatalan.. sering aku tolak.. ntah la.. aku pun x faham.. dengan diri aku sendiri...


Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..