hati oh hati...
Susahkan hati nie bila mudah sangat tertarik dengan kebaikkan orang… asal sedikit jew kebaikan dilontarkan pada diri ini, bagai magnet telah menarik kepadanya.. dan disini bermulalah ingin melihat setiap tingkahlakunya… pada hal apa yang dilakukannya sememangnya adalah sikapnya, perwatakannya dan tingkahlakunya yang asal pada semua orang dan rakan-rakan… tapi, bagiku tindakkan dia telah meletakkan sesuatu yang membuatkan aku tertarik… mahu memerhatikannya dan melihat tingkahlakunya…
oh tuhan, nyahkan perasaan ini dari hatiku…sesungguhnya aku tidak tau perasaan apa yang bersarang dalan hatiku ini… sesungguhpun dia tidak perasan dengan apa yang aku rasai terhadapnya… buanglah segala perasaan ini.. sesungguhnya aku tidak menginginkan langsang perasaan ini muncul dalam hatiku... Kalau benar perasaan ini tak pernah menipu diriku.. kau tunjukkan kepadaku… apa perasaan ini.. respect sebagai seorang kawankah atau apa sebenarnya…
sesungguhnya aku tidak mahu perasaan sayang atau kasih muncul pada diriku diusia muda ini… sesungguhnya aku mahu mencari kejayaanku sendiri, cita-cita dan impianku yang telah aku impikan sebelum ini… andaikan perasaan kasih ini juga yang diminta untuk hadir pada diriku… biarlah ia datang sesuai pada tempat dan waktunya… selepas kejayaan dan impian aku terlaksana sudah… muncul ketika itu… sekiranya benar ada insan yang jujur pada diriku… hadir dengan penuh adat dan agamanya… melafazkan kata terpendam pada kedua ibubapaku… walaupun memang terpendam hati ini… tapi aku tetap tidak akan merelakannya sehingga tiba waktunya… sesungguhnya aku berserah padamu Ya Allah... untuk jodoh dan pertemuan ini.. seperti mana aku berada disini hari ini…. biarlah aku simpan hatiku.. terkunci rapat sehingga dibuka oleh dikau sendiri dengan jodoh yang bersesuai seperti yang aku ingin dan idamkan….
Comments
Post a Comment