kawan..

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Ada orang tanya aku.. kau tak ada kawan kew??
aku terdiam sejenak.. memikir.. kenapa dia tanya soalan sedemikian kat aku.. awat dia nampak aku keseorangan sangat ka??

Sekarang aku baru terfikir..
yup.. aku tak ramai kawan yang kekal dengan aku..
semuanya datang dan pergi.. tak pernah kekal walaupun bertahun berkawan..
tapi aku tetap syukur.. walaupun aku tak ramai kawan.. dan banyak yang datang dan pergi..
tapi aku masih ada beberapa kawan yang masih sanggup dengar cerita aku, masalah aku,.. walaupun bukan berada dekat dengan aku.. yup aku syukur sangat.. mereka adalah antara insan yang sentiasa tadah telinga dan memberi respon pada masalah aku...

yup aku tahu pada tuhan aku patut mengadu..
tapi aku masih manusia biasa jew.. bukan luar biasa.. aku pun ada kelemahan aku..
dan aku nak tindakbalas respon segera.. yang mampu membuang sikit keluh kesah aku..
dengan masalah yang berlaku pada aku..

kekadang aku rindu pada kawan-kawan aku.. yang selalu melepak dengan aku..
bertukar cerita, buat luahan hati.. duduk lepak sama-sama.. makan sama-sama..
nisa.. yana.. gha.. wanie.. faridah.. merekalah antara kawan-kawan yang aku rasa boleh berkongsi cerita bersama.. walaupun ada perangai dan sikap masing-masing.. tapi mereka banyak membuka fikiran aku untuk melihat arah kehidupan.. kerenah dunia yang macam-macam.. berkongsi ilmu dan pendapat.. dan boleh dikatakan antara yang menceriakan hidup aku sepanjang aku belajar bersama mereka.. tapi sekarang masing-masing dah busy dengan kerier dan kehidupan masing-masing.. mungkin untuk contact dan berhubung tue.. bukan sesuatu yang sesuai  sebab masa masing-masing berbeza.. aku harap mereka semua bahagia hendaknya.. dengan kerier masing-masing baik di dunia dan akhir.. dan insyaallah ada masa kita akan bertemu kembalikan.. wahai kawan.. aku hargai selama persahabatan dengan kalian..

kehidupan.. kekadang aku terlupa.. manusia dibumi nie berbeza.. aku selalu salah menilai.. tatkala aku berjumpa dengan manusia baru.. yang hampir sama sikap dengan kawan-kawan yang aku rapat dahulu.. aku akan bergaul dan bertindak serupa seperti kawan rapat aku.. tapi aku tak sedar.. manusia berbeza.. dan penerimaan mereka juga berbeza..  kekadang ada yang langsung tidak meletakkan aku sebagai kawan bagi mereka.. setiap tindakan yang mereka  beri dan lakukan sepanjang berkenalan dengan aku sebenarnya adalah atas dasar simpati..

owh SIMPATI!!! rupanya.. aku sangat mengharapkan simpatikah dalam persahabatan tue..??? terima kasih kepada insan yang pernah buat begini dalam hidup aku.. aku tak pernah melupakannya insyaallah.. dan terima kasih dengan setiap simpati yang telah dia berikan.. akan sangat hargai dan aku tak pernah lupakan.. rupanya ada juga manusia yang sebegini dimuka bumi tuhan nie.. berkawan atas simpati.. dan akhirnya.. tidak pernah menganggap kawan.. sukar aku fahami maksud manusia seperti ini.. harap kau pun bahagia dengan apa yang kau pilih...

p/s :: sebagai nasihat buat pembaca.. kalau kau jumpa rakan baru yang tetiba caring gila dengan kau.. jangan percaya sangat.. dan berhati-hatilah.. sebab mungkin caring yang diberikan sebenarnya hanya dasar SIMPATI pada kehidupan kau.. kalau kau tak nak simpati tue tapi inginkan keiklasan berkawan yang sebenar-benar kawan... silalah jauhkan diri awal2 dari manusia-manusia sebegini.. sebab, kekadang "simpati " manusia tue tak lama.. bila dia dah rasa penat utk "simpati" terhadap kau.. dia akan campak jew kau dengan pelbagai cara dan mungkin dengan cara yang kejam.. sebab dia ambil kau atas dasar "simpati" bukan keiklasan kawan... harap korang faham..


Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..