:: jom berkenalan dengan alam haiwan::

"anda kenal tak dengan haiwan bermata besar dan 
hidup di tengah malam nie???"

 
korang kenal tak haiwan nie..??

untuk pengetahuan korang.. nama saintifik bagi haiwan ini adalah  Tarsius bancanus.. atau dalam inggerisnya Western tarsiers..  di Indonesia, dikenali sebagai Bangka Belitung.. dan di Malaysia comman name dia adalah KERA HANTU.. sebabnya di  berjaga pada waktu malam (nocturnal) dan mempunyai mata yang besar..  mungkin la.. pada pendapat aku.. haiwan nie di panggil kera HANTU.. kalau kera mungkin sebab rupa bentuk sama dengan kera dan perwatakan dier yang melompat dari batang pokok ke pokok..

kalau korang nak tahu.. haiwan nie sangat la baik.. dan kekadang aku rasa manja pun ada.. sebabnya sepanjang kajian kami.. dia duduk dengan baik.. dan tak mengigit.. macam tupai bila stress..(cz kawan aku dah kena gigit tupai tyme ktorg buat pengukuran.. 

meh aku ceritakan serba sedikit berkaitan haiwan nie.. 
macam aku cakap tadi.. haiwan nie.. dia berjaga waktu malam.. habitat dia biasanya hutan bukit la.. tapi tanah pamah aku rasa ada juga.. ciri penyesuaian dia iaitu tinggal di batang2 pokok dan melompat pokok ke pokok.. dan makan serangga serangga yang merayap waktu malam.. maksud aku macam belalang, kupu2 semut, kumbang.. cam tue la.. bukan yang betul2 merayap..

haiwan nie endemik di kepulauan borneo.. jadi korang boleh jumpa dia kat Kalimatan, Sumatera dan kepulauan Borneo juga.. iaitu Sabah dan Serawak.. kalau kat semenanjung .. memang susah la nak jumpa.. tapi tak tau la kalau korang pernah jumpa kan..  haiwan nie juga di red listkan dalam IUCN tau.. sebagai haiwan yang terancan.. jadi korang tak boleh suka2 tangkap dan bunuh haiwan nie.. sebab dia dah masuk dalam CITES.. dan korang akan dikenakan hukuman jika disabitkan bersalah.. macam yang tentera ari tue tue.. kan.. (korang ada baca paper tak??)

tapi untuk pendapat korang.. ini adalah hasil tangkapan aku.. realnya.. aku tangkap gambar.. waktu aku study diploma.. dan juga projek akhir aku.. iaitu '' MENGKAJI POPULASI MAMALIA KECIL DI HUTAN NIRWANA DAN HUTAN LADANG " .. hutan nirwana tue.. hutan ktorg la.. hutan universiti.. ktorang dibenarkan tangkap tue.. atas tujuan kajian ok... kat bawah nie beberapa la gambar yang aku tangkap tyme kmi buat kajian..

 korang tengok.. baikkan dia.. 

tyme ukur panjang badan, ekor, kaki, kepala dan semua la..

nie pula untuk kita tahu berat dia.. berapa??? sihat tak.. 
ola2.. baiknya dia tidur..

kalau korang nak tahu kerja2 ktorang tyme buat projek nie tengok '' cnie ''....  untuk pengetahuan korang.. dia bukan la sebaik tue ok.. tidur dengan baiknya dan sebagainya.. tapi ktorg dah peningkan dia dengan kloroform.. untuk tidurkan dia sementara ktorg buat pengukuran tersebut.. tujuan pengukuran dilakukan adalah untuk kadar perkembangan haiwan tersebut.. selain tue juga pengecaman spesies juga dilakukan dengan melihat saiz haiwan tersebut.. selain tue.. kita akan perhatikanlah apa2 yang patut berkaitan haiwan nie dengan lebih teliti.. ketika dia separa sedar nie.. kalau dier sedar conform2 korang takut nak pegang.. nanti kena gigit tau...  rakan partner aku yang sorang tue pun.. untuk projek nie dah dapat kerja dah.. sebagai penolong pegawai perhilitan.. sekarang tinggal aku jew la.. n kawan2 yang lain.. teruskan dengan subjek nie...

oppsss~~ asalnya nak cerita tentang kelawar.. tapi terubah topik ke kera hantu lak..
sowie..sowie..




Comments

  1. eee..ahalah macam hantu je tgk..toyol pon ade gak kan..klu org xtaw ni mesti diorg kate bende yg bukan2 ni..

    ReplyDelete
  2. agak la kan.. macam ktorg gak la.. yang kena check perangkap malam.. cth burung .. takut mati bila terlekat kat net lama2.. kena masuk hutan malam.. ambil.. kalau suluh2 tue.. x kenal haiwan nie.. mau takut gak tgk mlm2.. seb baek la kenalkan.. kira think positif jew la...
    "0oo.. nie tarsus.."

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..