:: pengalaman tinggal di rumah panjang ::
" Rumah panjang, terdiri daripada satu kediaman
yang mempunyai bilik yang panjang"
- Wikipedia-
korang pernah melawat atau menginap di rumah panjang??? semestinya pernahkan.. bagi sesiapa yang berasal dari Sabah atau Sarawak.. atau melawat ke sana.. terutama Kampung Budaya Sarawak.. aku pun tidak terkecuali untuk merasai pengalaman tinggal di RUMAH PANJANG.. alhamdulillah.. selama tiga tahun belajar di sarawak dapat rasa juga tinggal di sana.. iaitu pengalaman aku amali kat Binyo.. tapi ini bukan kampung budaya.. nie betul2 kediaman penduduk sendiri.. hah.. kat atas tue... tue la rumah panjang yang pernah aku menginap.. ianya milik keluarga Wiliam..
untuk pengetahuan korang.. rumah panjang sebenarnya adalah milih sebuah keluarga tersebut.. yang mana terbahagi kepada beberapa buah rumah di dalamnya.. macam rumah teres.. tapi.. hubungan diorang sangat erat.. tak macam perumahan teres.. maybe x kenal jiran sebelah kot.. dalam rumah panjang nie.. terdapat banyak pintu.. yang mana setiap pintu tue mewakili.. bilik2 rumah tertentu.. dalam bilik tue juga.. ada lagi bilik2 kecil.. macam bilik tidur dapur ruang tamu dan sebagainya.. macam sebuah rumah gak dalam bilik tersebut.. dan ketua rumah akan berada di bilik tengah.. dan rumah dier lebih cantik.. uhuhu.. rumah dier macam kat bawah nie..
tyme nie ktorg tengah mendengar taklimat dari pensyarah..
nie dikawasan lobi rumah.. kalau ada keraian.. disinilah diorang buat sambutan...
pintu tue mewakili setiap bilik.. langsir kuning tue.. bilik bagi ketua rumah..
tujuan kitorang datang ke sini adalah untuk menjalankan amali bersepadu yang libatkan tiga subjek.. iaitu ekonomi hutan.. perundangan hutan.. dan pengurusan hutan.. ktorang terpaksa menetap disini terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan lokasi hutan yang ingin di balak.. sebabnya hutan yang ingin di balak.. tak selamat untuk kami stay di sana.. jadi terpaksa la cari penginapan sementara.. untuk amali nie.. aku tak buat entry lak.. maybe penat sangat tyme tue.. aku jz tulis simple jew.. nak tahu "klik cnie" ..
lupa pula nak informkan kat korang.. family nie sebenarnya kristian tau.. bukan islam.. tapi tak kisah sangat pun.. kalau kita nak buat aktiviti kita disana.. sebabnya.. makan dan pinggan mangkuk peralatan.. memang kita bawa sendiri.. jadi terselamat sikit berkaitan makanan nie.. cuba ktorang selalu takut dengan anjing jew.. yang menjaga rumah tersebut.. kalau tyme mandi pula.. memang aku tak suka.. cz mandi dier terus kat sungai.. aduhss.. parah sikit bagi aku yang tak suka mandi secara terdedah nie.. tapi nak buat macam mana.. terpaksa juga.. nak mandi malam tak boleh.. sebab ada buaya di sungai tue.. tue pun kawan aku yang mandi petang dah terserempak dengan buaya.. nasib baik la dier perasan terus diorang cepat naik atas.. bahaya betul.. tapi before tue aku terselamat cz aku sempat mandi dalam tandas.. hari last jew aku mandi sungai.. cz air tangki dah nak habis.. terpaksa juga mandi sungai.. tapi kena sembunyi belakang boat.. uhuh~~
tengok.. santai betul diorang mandi kan.. aku yang tengok pula jadi segan sendiri..
amali yang kitorang pergi tue.. selama empat hari.. tapi hari pertama dan terakhir jew.. ktorang stay kat rumah panjang.. hari yang lain2 nya kitorang berkhemah tepi sungai.. best sangat tyme tue.. macam2 pengalaman ada.. hari terakhir ktorg tinggal dirumah panjang.. macam biasa.. kalau tetamu datang.. majlis keraian.. mesti wajib ada di rumah panjang.. kecuali la waktu kita datang ari tue.. ada kematian di rumah panjang yang lain.. untuk rasa hormat.. majlis keraian nie.. terpaksa ditangguhkan pada hari teakhir kitorang ada kat sana.. disebabkan siang tue... terlalu penat beraktivit.. malamnya aku tertidur awal.. tapi keesokkan pagi tue.. aku dengar yang kawan2 aku cerita.. yang diorang diberi tuak untuk minum.. yang mana syarat bagi keraian di rumah panjang bagi mengalu2kan tetamu yang datang.. sambil menyanyi.. tyme tue semua dah cuak nak kena minum tuak.. tapi nasib la ktorg ada 3 wakil non-muslim dalam kelas ktorg nie.. jadi diorang la jadi mangsa malam tue.. memamg mabuk habis diorang.. menyanyi x ingat dunia.. tak kurang gak aku yang tido x sedar dengan dunia...
keesokkannya sebelum pulang.. sempat lagi ambil beberapa gambar di sekitar rumah panjang untuk dijadikan kenangan bagi kemi.. budak2 perhutanan 23 untuk menjadi kenangan kami .. kami first batch yang pergi melawat ke kawasan pembalakan tersebut dan berpeluang tinggal di rumah panjang.. wah.. bangga betul...
sesi bergambar..
lecturer ktorg pun tumpang sekaki.. biler tengok ktorang yang asyik posing..
sebelum balik.. salam dulu dengan ahli rumah.. untuk ucapkan terima kasih..
kenderaan ktorang dah tunggu tue.. bukan keta mercedes.. tapi
tambang bos express.. uhuh~~ best.. santai.. boleh nampak buaya terdampar..
nie la.. penyumbang besar kepada gambar-gambar di blog nie..
terutama yang melibatkan kerja lawatan amali dan sebagainya..
thanks pada kuzzy...
ok.. setakat tue dahulu story morey aku hari nie.. banyak agi cerita lama aku yang aku ingin kongsikan dengan korang.. jangan lupa datang lagi.. da~~~
arr..rndu la amali nie...pling best dan paling adventure....thanks kak sam mengembalikan memori ini =)
ReplyDeletedalam keadaan boring.. uhuhu~~ tue smua gambar2 lama diselongkar balik.. n boleh imbau kenangan di bintulu juga..
ReplyDelete