:: rakan blogger tolong bagi pendapat?? ::

" Tolong selesaikan misteri nie macam korang detective Conan "
 

wow.. ayat memang tak boleh blah.. macam ada masalah besar.. tapi sebenarnya nak tanya pendapat.. dan  nak tahu penilaian korang terhadap  sesuatu keadaan.. bila berlakunya sesuatu.. apa first impression korang terhadap tingkah laku seseorang.. bila mempunyai sikap tertentu..  contoh disini aku bagi dua orang si A dan si B yang mempunyai sikap yang berbeza..

si A :: mempunyai rupa paras yang cantik..  suka bertegur sapa dengan orang..  banyak mulut juga.. mempunyai pendapat tersendiri dalam sesuatu hal.. dikategorikan sebagai gadis ayu bagi orang yang tidak mengenalinya..

si B  :: rupa paras biasa2 jew.. tapi jenis yang senyap.. dan suka buat hal sendiri.. tak suka bertegur sapa dengan orang.. dan kalau ditegur pun sekadar senyum sahaja.. kalau oarang yang tidak mengenalinya mungkin dikatakan budak sombong..

dua manusia yang mempunyai perwatakkan berbeza.. dan korang hanya mengenali dua insan nie.. dalam  keadaan sekali imbas jew.. seperti di atas.. kerana tidak mengenali rapat antara kedua-dua insan tersebut.. namun .. pada suatu hari.. kedua2 insan tersebut.. bergaduh besar dan dikenakan tindakkan disiplin.. namun keadaan sebenar kejadian.. dan puncanya.. korang tidak tahu..

pandangan :: berdasarkan kepada ciri2 dan perwatakan kedua2 insan tersebutlah kan.. agak2 korang yang mana memulakan pergaduhan dahulu.. ceritakan sedikit situasi dan bagi pendapat..?? 


please.. saya mahu tengok pelbagai reason dan penilaian korang... 
tak ada yang betul dan salah dalam situasi ini.. 



Comments

  1. prince rase klu mengikut perwatakan mungkin si A yg akan memulakan dulu krn disebabkan byk mulut blh mendatangkan fitnah jika tersalah anggap tapi xmustahil si B jgak bleh mencetuskan pergaduhan tersebut dulu kerana jika die seord pendiam die mesti memendam perasaan saje sejak dr awal tapi org kate kesabaran ade hadnya jadi mgkn die blh hilang sabar..tapi kbile berlaku pergaduhan jln terbaik bukan mencari sebab sape yg mulakan dulu, carilah cara penyelesaian pergaduhan tu utk baikkan kedua2 pihak..=)

    ReplyDelete
  2. sebenarnyeee..malas nk komen coz takut timbul fitnah..cehhh..hahahahha...:D
    tp, ikut firasat me lar...mesti budak A tu ada bawak mulut pasal si budak B tu and budak B tak puas hati...tu yg bergaduh tu..sebab salah faham...hehehehe3..:)

    ReplyDelete
  3. susah jugak sbb tak knal rapat kan.
    mcm mana nak detect,
    x semesti kita tgk org tu baik, dia x buat salah.
    sama jugak kalo org tu jahat, dia suka cari pasal.
    Kita tak tahu hati manusia. In a second, everybody can change.
    Hehehe.. x tahu laa apa sy mngarut ni,, :)

    ReplyDelete
  4. @prince halilintar :: betul juga pendapat prince tue.. kesabaran yang ad had menyebabkan si B yang mulakan..

    @momok Nadim :: momok nie bukan nak fitnah orang.. jz pendapat jew untuk sesuatu situasi.. cz selalunya manusia ada andaian di dulu.. sebelum dapat jawapan yang sebenar...

    ReplyDelete
  5. pndapat sy same je kot ngan prince halilintar :) si B yg pendiam tu pon mybe mkan dlam kot ..huhu..yg si A tu pulak jnis byak mlut ..kebarangkalian utk si A yg mulakan dlu prgaduhan tu lebih tngi laa sy rasa

    ReplyDelete
  6. Possibilty more to A sebab dia banyak cakap however c B pon tak bulih di lepas pandang bak kata pepatah diam² ubi berisi tak gitu...:-)

    ReplyDelete
  7. err..ntah x tw la.. dua2 berkemungkinan memulakan gaduh sebab pergaduhan ni mane boleh dikawal bila dah ade unsur2 kemarahan dari diri a atau b walaupun dorg berlainan sikap kan..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...