:: my ambition is.. ::

... minat boleh dipupuk dari pembelajaran usaha dan kemahuan kita sendiri
kalau kita betul-betul nakkan nya..


disebabkan terasa amat boring .. berminat pula hati nie untuk mengimbau kembali kenangan lama...
waktu aku kecil dulu.. aku nie bukan dalam ketogeri anak saudara kesayangan.. buat mak-mak saudara aku.. sebabnya aku nie sejenis budak yang suka buat hal sendiri.. yang mana, bila tengok budak2 laki buat.. aku pun rasa aku boleh buat.. contonhya macam lari, panjat pokok, tangkap ayam dan sebagainya.. (kecuali pokok kelapa.. sampai sekarang aku tak dapat panjat kecuali guna tangga).. aku nie ketogeri sebagai budak nakal.. yang tak ambil port kerja perempuan.. terutama dalam bab masak memasak dan kerja di dapur.. disebabkan tue.. diorang pandang semacam jew kat aku.. (tapi sekarang aku rasa anak diorang agi teruk dari aku dulu)..   tapi yang pasti  kakak aku la yang diorang selalu puji.. sebab kakak aku rajin bab2 kerja di dapur nie..  aku pula dikatakan budak malas..  tapi walau apa pun orang cakap kat aku .. aku buat bodoh jew.. tapi semua benda tue aku terasa... aku simpan dalam hati.. namun aku tak tunjukkan..

oleh sebab tue.. aku tak berapa rapat dengan keluarga2 saudara  terutama sebelah ayah aku.. sebab aku rasa diorang x respect pada aku.. jadi aku jauh sikit dari diorng.. mak saudara yang aku rapat pun adalah.. mak teh aku (sebelah mak).. sebabnya dier jenis yang tak kisah sangat.. asalkan anak2 buah dia  buat yang baek.. tak salah.. kira ok jew... dia pun jenis spoting dan akan ikut sekali join kadang2 tue apa yang ktorg nak.  Kalau aku nak tumpang bermalam pun selalunya pergi rumah mak teh aku jew yang aku rasa selesa walaupun pergi solo2..
********

bagi aku tyme kecil.. kakak aku adalah saingan aku.. dalam masa yang sama dia juga adalah guru aku... yang mana... aku nak jadi lebih baik.. terutama dalam pelajaran... sebab yang lainya aku tak mampu kerana... dia selalu dapat pujian.. aku pula.. dapat tomahan.. jadi aku nak buktikan pada mak2 saudara aku yang aku boleh buat yang terbaik tak seperti yang diorang katakan.. (tak pastilah yang diorang sedar atau tak kata-kata diorang dah membakar aku sebenarnya..)

kakak aku budak sains.. dalam masa yang sama dia sangat berminat dalam bidang2 sains.. terutama biologi.. aku tak tahu kenapa dia suka sangat biologi .. tapi apa yang pasti dia suka disebabkan biologi.. pelbagai benda kita dapat tahu.. katanya.. dalam masa yang sama aku ikut kakak aku.. aku join kelas sains.. tapi aku lebih minat kepada kimia dan fizik.. bukan biologi.. cita-cita aku pula..terikut-ikut dengan cita-cita kakak aku.. tapi aku ambil yang lebih advence.. (sebab aku minat kimia.. aku ambil farmasi) aku tak pasti apa cita2 kakak aku sebenarnya.. tapi yang pasti dia sangat suka biologi.. aku pula cita-cita.. tak nak kalah.. semua nak libat dalam bidang sains.. tapi dalam masa yang sama aku dah mula berminat dalam bidang sains lepas mempelajarinya.. (nie bukan agi sebab nak bersaing dengan akak aku)

sehinggalah masanya.. kakak aku habis SPM.. dia dapat tawaran ke kolej nursing under KPJ... sebagai jururawat.. yang mana tak jauh juga larinya dari bidang sains.. (dapat juga guna kemahiran biologi yang dia belajar).. aku dengan kakak aku beza tak jauh antara kami hanya 4 tahun.. lepas aku habis SPM.. tibalah masanya aku isi borong UPU untuk tentukan masa depan aku pula... tyme nie pun aku, x abis juga nak bersaingkan.. jadi kebanyakkan daripada bidang yang aku pilih.. semuanya dalam bidang perubatan.. di UITM.. yang terdiri daripada bidang farmasi, teknologi perubatan dan sebagainya..  

namun tuhan tue MAHA MENGETAHUI hambanya.. dia tahu mana kesesuai hambanya.. kesemua pilihan yang aku buat tersebut tak dapat.. dan aku perlu buat rayuan.. dalam masa tue.. aku dah putuskan untuk teruskan pengajian aku di PRA-U still lagi aku dalam bidang sains.. yang mana aku tak nak mengalah..

dalam masa yang sama kakak aku suruh aku isi untuk sambung pengajian under kolej dier.. dalam bidang yang aku minat.. abang aku pun tak lepas peluang gak... suruh aku isi kolej tentera dier tue... (tiba2 lak suruh aku masuk tentera).. then lepas tue x bagi aku isi takut pangkat aku nanti lagi tinggi dari dia.. tapi sure awal2 lagi.. aku tak isi... taknak aku masuk tentera.... (tapi sekarang terlibat gak dalam badan uniform jew la.. up sikit NAVY palapes).. seperti yang kakak aku cadangkan.. aku isi borong-borang tersebut.. dalam bidang yang aku minat.. FARMASI..

aku yang masih stay dengan pra-u sains melalui kehidupan aku di situ.. sehari demi sehari.. bilangan kelas ktorg semakin sikit.. dari 20++ tinggal kepada beberapa orang.. kebanyakkan semua dapat tawaran.. aku pun tak terkecuali juga.. rayuan yang aku buat.. diterima.. tapi bukan dalam bidang yang aku minat.. aku ditawarkan dalam bidang DIPLOMA PERHUTANAN di UPMKB..  tyme tue sukar aku nak pergi.. sebabnya bidang tue aku tak minat... pastue jauh pula.. di SARAWAK.. (biasa la metality tyme tu kolot sikit.. x nak g sarawak.. tapi lepas pergi x nak balik pula).. 

aku tunggu temuduga dari kolej akak aku.. dalam masa yang sama.. UPM masih bagi tempoh untuk aku daftar diri.. sedangkan kalau diikutkan dah lewat tyme tu.. (dalam pertengahan bulan 7.. sedangkan orang masuk bulan 6).. akhirnya aku dipanggil dan pergi temuduga..(kolej akak aku) tyme tue aku pergi dengan jiran aku.. dia minta dalam bidang physiologi.. aku farmasi.. selepas temuduga tue.. En. Din, pegawai HEP UPMKB.. masih lagi call aku beberapa kali ...  untuk sahkan aku nak mendaftar atau tidak.. tapi tyme tue aku tak bagi lagi kata putus.. still tunggu jawapan dari kolej akak aku.. 

hingga la satu hari aku dapat tahu.. aku x untuk temuduga farmasi tue.. sebabnya.. kolej tue.. sangat2 nak bidang physiologi.. bukan farmasi.. sebab dalam farmasi dah dihadkan orang.. dia cakap kalau still nak datang agi temuduga semester depan.. dan minta physiologi..  tapi conform2 la aku tak nak.. cz aku nak farmasikan.. akhirnya aku buat keputusan teruskan pra-u.. tapi semua tue x lama.. lepas jew balik kelas ari khamis.. hujung bulan 7.. mak aku serahkan duit kat aku cash RM1000.. untuk aku pergi daftar UPM.. sebabnya.. En. Din call lagi tanya kepastian.. petang tue juga mak aku pergi beli tiket dan bertolak ke SARAWAK malam tue.. tak sempat aku nak informkan pada cikgu dan kawan-kawan yang aku sambung belajar di UPM.. pada 1 ogos.. aku mendaftar masuk UPMKB..

*********

dan sejak hari tue.. hingga hari ini.. aku bukan lagi budak sains dalam bidang perubatan.. tapi sains di bidang pertanian.. sehingga hari tue.. aku sedar.. tuhan dah tetapkan yang terbaik untuk aku.. bukan pada bidang kakak aku.. tapi bidang aku sendiri.. sekarang.. aku masih meneruskan pengajian aku dalam bidang yang sama.. tapi di upkan sikit iaitu BACELOR SAINS PERHUTANAN.. insyaallah dalam 2 tahun lagi mungkin aku akan sambung dalam MASTER PERHUTANAN  dan PHD PERHUTANAN  atau sebagainya.. dan tahun lepas.. aku ada call akak aku cerita mengenai amali dan pembelajaran aku disana.. dari situ.. baru aku sedar yang sebenarnya minat akak aku adalah dalam bidang yang aku ambil sekarang.. EKOLOGI.. 
" tadi kitorang ada buat amali di kajian ekologi di Gunung Gading, Kuching.. tengok banyak lumut kat sana.. bunga pakma pun ada kak...."
" wah... best nya.. rupa2nya bidang yang kak minat dulu.. hang yang dapat kan"
" hah..?????" 
semuanya terbukti disini.. bila aku dah betul2 minat dalam bidang aku sendiri.. kejar cita-cita aku... dan dah tak berniat untuk bersaing lagi... tyme tue aku dapat jawapan sebenar.. 

AKU SANGAT BERSYUKUR PADA NYA DENGAN APA YANG AKU DAPAT KINI...

kenangan graduation day diploma tahun lepas..


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..