Persepsi : Perjalanan Hidup
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Kekadang kita mudah untuk mentafsir perjalanan hidup orang melalui mata kasar kita tanpa kita ketahui apa yang dirasai oleh dirinya yang sebenar-benarnya... Tanggapan kita padanya semestinyalah seperti apa yang diberikan oleh dia kepada kita.. tanpa kita sedar manusia boleh mencipta pelbagai karator dan watak dalam hidup dan pada setiap orang sekalipun.. tidak akan sama layanan yang diberikannya.. jujur aku katakan.. aku juga begitu.. yang mana aku tidak meletakkan cara yang sama bagi perbualan aku pada setiap orang.. lain untuk kawan-kawan.. lain untuk orang tua dan lain untuk kanak-kanak.. bak kata pepatah.. masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengaumm.. ikut pada kesesuaian keadaan..
Aku masih dalam proses mengenali.. mengenali erti kehidupan.. dan mengenali erti perhubungan dengan sesama insan.. jujur aku katakan.. siapa yang ingin terus menerus membiarkan kehidupannya dalam kegelapan.. dan tidak menginginkan sebuah cahaya yang mampu menwarna-warnikan hidupnya.. siapa yang tak mahu sila abaikan.. carilah dalam suruh al-baqarah.. Allah sendiri pun suka benda yang baik-baik.. jadi kita hamba yang hina nie taknak cari benda yang baik kew??
Hati aku tersentuh dengan sikap seseorang.. tutur kata kasar.. tapi ada cahaya yang cuba dicari.. dan aku nampak banyak kenalan yang cuba menghampirinya.. walaupun dimulutnya seringkali mengatakan sukar mendapat kawan yang setia.. semua tue mungkin bergantung pada hati kita sendiri.. bagaimana kita meletakkan persahabatan.. apa yang kita berikan sebenarnya itulah pulangan yang kita perolehi.. jangan mengeluh.. saat kita dah beri yang terbaik pada sebuah persahabatan tapi sebaliknya pula yang kita perolehi.. mungkin itu ujian yang diberikan Allah pada kita.. untuk melihat tahap kejujuran kita pada persahabatan tersebut.. sekiranya kita fikir yang terbaik.. perbetulkan.. perbaiki dan menerima.. mungkin disebalik ujian ada jalan yang lebih baik pada persahabatan tersebut.. perbaikilah.. insyaallah aturan Dia adalah yang terbaik...