Jangan Pernah Menilai Manusia..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Hai.. Assalamualikum...
Moga jumaat ini menjadi jumaat yang ceria buat anda semua dan juga saya..
Hari nie masih dalam topik sahabat, kawan dan teman.. tapi lebih spesifik lagi hati budi dan penilaian.. benarkan untuk saya membahasakan diri dengan 'aku' untuk menyampaikan hasrat hati dengan lebih mendalam dan lebih jelas diperlihatkan..
Aku manusia biasa.. hamba Allah yang mempunyai kekhilafan tersendiri dalam setiap perilaku dan gerak geri.. bukanlah manusia yang bersifat maksum yang sentiasa jauh dari kesalahan dan mungkin tiada cacat cela dari setiap perilaku.. tapi aku mengaku.. aku cuba memperbaiki diri.. cuba untuk memikir dan melakukan yang terbaik dalam diri.. mengelak dan cuba menjauhi kejahatan dan ketidakselasaan manusia lain terhadap diriku dan memperbaiki kepada yang lebih baik.. tetapi manusia tetap manusia.. tetap mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri.. yang mungkin sedar atau tidak sedar melakukan kerosakan atau menyakiti makhluk lain tanpa diketahui... disini masyarakat dan manusia terdekat perlulah memainkan peranan untuk membantu, bertegur sapa, dan membaiki kekurangan yang ada.. supaya wujudnya kehidupan yang lebih baik dan sejahtera..
aku tahu.. dan aku pasti.. aku banyak kekurangan dalam diri.. malas usah diperkatakan.. semuanya bergantung kepada mood, keadaan dan situasi.. kerana bila datangnya rajinku.. aku rasa usah dipersoalkan mengenai hasil kerjaku.. mesti aku akan lakukan yang terbaik.. tapi bila datangnya malas.. usah dipersoalkan tentang diri aku.. memang dipekakkan telinga ibarat air menitis di daun keladi sahaja situasinya.. ya.. itu aku.. kehidupan aku yang aku cuba perbaiki hari demi hari..
namun bagi aku penilaian manusia kekadang aku rasa kejam.. sangat kejam.. kerana kekadang aku rasa manusia menilai manusia lain tanpa memberi peluang kedua.. ketiga.. atau seterusnya untuk berubah.. dan sedarkah manusia.. kita manusia sukar untuk berubah secara drastik kalau tidak mendapat hidayah.. jangan tindas aku atas perkataan hidayah yang aku gunakan.. kerana aku rasa peluang yang perlu ditekankan disini.. beri peluang kepada yang ingin berubah bukan dengan mengeji dan meninggalkan.. sedangkan pencipta kita pun sering memberi peluang keatas diri kita.. inikan pula kita manusia yang sentiasa ada celanya.. kenapa mencela manusia lain.. beri peluang..
sedarkah manusia.. sikap manusia yang kuat mencela manusia lain.. sikap dan fikiran bajet maksum pada diri sendiri dan menyalahkan orang lain.. sebenarnya.. banyak menjatuhkan semangat dan motivasi manusia lain.. yang mungkin kita sendiri tidak tahu.. diam mempunyai fikiran yang waras atau tidak menghadapi celaan dan tomahan yang diberikan.. sedarlah manusia.. menilai orang biar berpada-pada jangan menjatuhkan motivasi manusia lain.. dan samalah kita memperbaiki diri..