Perasaan: Owh!! bencinya...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
hELLO yolls..
*senyum*...
hari nie dah dapat balik draft thesis pun still boleh layan blog.. * senyum again*
Sebenarnya dalam hati nie ada perasaan tak puas hati.. tak puas hati bila doc tetiba ungkit balik hubungan aku dengan dia.. doc cakap.. "mesti kamu ada buat sesuatukan.. menyebabkan dia bengang dengan kamu".. bukan maksud nak sentap.. tapi kalau boleh dah malas dah nak ingat tentang dia.. nak lupakan jew terus.. nak anggap dia tak pernah wujud langsung dalam kehidupan aku sebelum nie.. dah dia sendiri taknak kawan dengan aku kan.. so.. kita happy la dengan hidup kita sendiri.. orang tak sudi nak bantu.. so kita bantulah hidup kita sendiri..
aku faham maksud doc.. doc cuba beri yang terbaik untuk aku.. dalam masa yang sama nak bantu aku.. dan aku faham semua tue.. aku cuba.. cuba yang terbaik.. untuk atasi segala kelemahan yang aku ada.. ingat aku suka orang nak kutuk semua keburukan aku ada tue.. aku cuba untuk perbaiki.. dan aku sendiri sedih.. sedih.. setiap kali aku nak betulkan manuscript atau draft.. dan setiap kali tue juga memori tentang dia datang kembali.. segala pertolongan yang dia pernah bagi kat aku.. kenangan kami sama-sama buat kerja.. mimik muka dia.. senda gurau dia.. marah-marah dia.. semua aku ingat balik.. dan kekadang..disebabkan memori tue.. aku jadi malas nak betulkan manuscript aku.. terutama bila dalam bi.. semuanya membuatkan aku ingat tentang dia... dan aku jadi sedih..
dan aku terfikir juga kenapa aku perlu sedih..???
sedih sebab dia tinggalkan aku kew.. atau sedih sebab dia tak bantu aku lagi.. mungkin kedua-duanya.. urmm...
yup jujur aku katakan.. dia adalah satu-satunya kawan yang paling terbaik dalam membantu aku.. yang pernah aku rasai.. yang aku rasakan setiap kali aku susah dan rasa tersisih dia mesti akan ada dengan aku.. kekadang tanpa aku minta pun dia datang mempelawa diri.. hampir banyak benda selama aku study master.. menyebabkan aku jadi selesa dengan dia.. sehinggakan kekadang.. aku rasa pantang ada susah sikit mesti aku cari dia (erti kata lain terlebih mengada) sampai tak mampu nak berdikari sendiri..
dan kekadang aku bersyukur juga.. kami bergaduh.. sebab ini membuatkan aku tersedar dari keselesaan yang aku alami sebelumnya.. yup aku banyak bergantung pada dia.. dia cakap aku mengongkong atau nak kan perhatian dari dia 24/7.. yup aku perasan aku ada perasaan tue sebab aku sayang untuk kehilangan orang yang mampu membantu aku macam dia.. yang selalu tolong aku.. sebab tue aku selalu minta tolong dia itu ini supaya dia ada dengan aku.. wekss.. geli pula dengan perkataan tue.. tapi ntah perasaan tue teruk dan aku rasa malu sendiri.. bila aku sedar sekarang.. meminta bantuan lebih daripada hak yang sebenarnya.. siapa yang sebenar-benarnya aku perlu meminta bantuan.. kalau bukan Allah satu-satunya.. dan terima kasih kerana kembali aku pada yang benar.. dan sekarang aku rasa aku benar-benar malu pada diri sendiri dan dia.. syukur juga dia tak pernah datang lab sekarang... *sengeh*..
satu benda yang aku selalu pesan pada diri.. macam mana pun orang buang kau.. kau bangun untuk hidup dengan sendiri.. yup.. bagaimana sekalipun.. tak kisah lah kalau kau nak kena berangkak, mengesot, berjalan slow-slow atau sebagainya.. yang penting kau jangan give up.. dan sentiasa berusaha..
satu benda yang aku selalu pesan pada diri.. macam mana pun orang buang kau.. kau bangun untuk hidup dengan sendiri.. yup.. bagaimana sekalipun.. tak kisah lah kalau kau nak kena berangkak, mengesot, berjalan slow-slow atau sebagainya.. yang penting kau jangan give up.. dan sentiasa berusaha..
now.. dah sedar diri kan.. sila buat kerja dengan baik ok..
..ai'ai kapten.. *salute dan sengeh*