Posts

Showing posts from April, 2024

Bakal tamat satu pengajian

Suatu tengahri ambil anak buahku pulang dari sekolah AKU : Akim, Lang dah dapat Doktor... Anak buah : Lang bedah sapa? Aku : ...... Doktor tak semestinya bedah saja.. belajar pun dapat jadi Doktor... Assalamualaikum, begitu perbualan kami di suatu hari dimana aku dah berjaya selesaikan proses viva vice aku. Sekarang dalam proses menyiapkan pembentulan thesis.Taniah kerana berjaya sehingga ke peringkat ini walaupun setiap malam meratap diri sendiri " mampukah aku habiskan semua ini?"... Nasihat aku siapa yang masih berusaha teruskan usaha jangan give up. Memang banyak benda kita tak boleh tapi teruskan mencari. Kalau sv kau tak layan kau, tak beri tunjuk ajar. Carilah orang lain yang dapat membantu kau. Sebab itu semua masa depan kau. Biar la supervisor tu nanti ada lah tu tuhan balas dia semula. Ingatlah tanggungjawab kita dan lakukan lah dengan sebaik mungkin.