PHD dan perkongsian #02
Perkongsian ni aku ambil dari facebook Dr. Rahim Ridzuan .. so sebab aku jenis yang rajin juga baca blog.. so aku kongsikan disini juga.. Kepada rakan rakan yang baru memulakan pengajian master atau PhD pada semester ini, tahniah diucapkan! Izinkan saya berkongsi tips dari hasil pengalaman saya sendiri berkenaan perjalanan melengkapkan pengajian PhD saya dalam tempoh 5 semester (dari awal sehingga selesai viva). Tips ini ditujukan khas kepada pelajar yang menggunakan secondary data (economy, accounting, finance etc) sebagai analisis kajian.Moga coretan ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada kesemua rakan seperjuangan. Sem 1 pengajian PhD : 1. Mengenalpasti isu kajian dengan lebih mendalam. Pembacaan jurnal perlu lebih kerap bagi mengupas isu yang sedang berlaku dan mengaitkan dengan skop kajian kita (negara, dasar, polisi, entiti lain seperti syarikat, perbadanan dan lain lain). Dah mengenalpasti isu, baru lah kita boleh nampak research objektif untuk te...