Fobia dengan kehidupan
Assalamualikum, Hidup aku dah berbalik dah pada kehidupan sebelum ni. Dimana saat-saat kehidupan master dulu. Masing-masing sibuk bertanya bila nak habis belajar, bila nak dapat kerja tetap. Soalan tu sebenarnya soalan yang menyusuk kalbu bagi pelajar-pelajar pascasiswazah. Kesamaan soalan ini adalah sama seperti soalan orang yang lepas kawen ditanyakan bila nak dapat anak. Sedih weh. Sensitif sangat. Bulan ni adalah bulan terakhir aku dapat elaun bagi pengajian aku, elaun universiti. Elaun lain ada lagi sampai bulan 11 ni. Mak aku dah mula dah buat gelabah dia, bila aku nak habis belajar. Bila aku nak dapat gaji dari usaha aku sendiri. Masalahnya, aku pun tak ada jawapan. Aku sendiri pun kadang-kadang tertanya-tanya juga kenapa susah sangat aku nak dapat kerja sedangkan merata aku pohon kerja. Selalu aku positifkan diri, ada tu rezeki aku belum muncul lagi. Tapi mak aku sentiasa buat aku sentap. Dia cuba musnahkan kepositifan diri aku dan buatkan aku rasa down. Selalu aku mengeluh...