Posts

Showing posts from January, 2022

Pengajian slow dan semakin membosankan

Assalamualikum.. Hari ni aku nak sentuh berkaitan pengajian aku. Aku ni memang jenis seorang yang malas tapi bila aku dah buat kerja tersebut akan passionate dengan kerja tersebut dan akan cuba buat sampai habis. Itu aku. Masalah aku adalah nak memulakan sesuatu kerja tu. Punya la malasnya, sempat duk melara sana, sini dari buat kerja tersebut. Tapi bila dah mula buat pandai pula dia melekat terus sehingga la ada gangguan apa-apa pula baru berhenti. Macam tu la aku. Itu sebab aku boleh habiskan sesuatu kerja aku tapi sentiasa kena paksa diri untuk habiskan kerja tersebut. Untuk pengajian aku ni, sebenarnya aku suka. Aku sebenarnya suka membaca dan ingin tahu aku kuat. Jadi aku akan terus cari dan mencari sampai aku betul-betul rasa puas hati. Itu aku. Lagi satu kadang-kadang waktu dapat task sesuatu yang aku suka, aku dah ada gambaran dah dalam kepala aku macam mana aku nak buat dan selesaikan benda tu. Dia akan jadi lebih smooth bila aku dapat vision gambaran tu untuk aku buat ...

WELCOME TO 2022

Assalamualaikum.. Cepatnya masa berjalan dah 2022. Abad yang baru. Manakala aku masih dengan gaya hidupku yang sama. Permulaan tahun ni, aku ingatkan ada perubahan fasa baru dalam hidup aku. Ya lah dah masuk umur 33 tahun kan. Ingatkan masuklah aku ke fasa yang seterusnya iaitu alam rumahtangga. Namun, masih belum jodoh dan masa aku lagi rupanya. Lelaki yang bertanya khabar haritu (tahun lepas) rupanya tak berani untuk terima aku dalam hidup dia dengan alasan. Susah nak terima orang yang masih belajar, takut ditolak peminangan seperti sebelumnya. Bila aku dengar jawapan tu dari mak aku, aku terfikir.. " Ah jawapan tu, macam jawapan yang aku guna waktu awal phd dulu je.. waktu aku cuba untuk menolak peminangan yang pertama.". Aku tak pasti nak cakap macam mana .. kau bukan nak sangat orang tu pun.. ya sebab aku sendiri pun belum pernah cakap dengan dia dan tak pernah kenal dia.. just dengan cerita .. tapi aku nak hdiup aku bergerak ke fasa yang baru.. dalam masa y...