Posts

Showing posts from September, 2022

Impian kanak-kanak, nak masuk universiti

Assalamualikum, Tengah minum teh hijau jasmine panas-panas tanpa gula sambil ambil mood nak tulis thesis di jam tepat 12 mlm. Tapi kena run balik analisis sebab data aku sebelum ni macam dah lari dan perlu test normality semula. Banyak benda lagi nak buat, tapi ambil mood dulu sambil minum teh. Hari ni seharian juga hujan. Ah aku bangun pun dah zohor ada hati kata seharian hujan. Petang tadi baru start hujan sampai malam. Sekarang tengah sejuk, sedap nak tidur tapi fikir cita-cita yang dikejar, berusahalah sikit ja lagi. Aku teringat diri aku beberapa tahun dulu, waktu zaman diploma. Aku ni pelajar third intake, bukan second lagi. Disebabkan kurang orang nak sambung belajar di Sarawak, jadi banyak kekosongan yang ada. Kebetulan aku pilih kos tu juga lepas pemohonan pertama aku untuk upu tak berjaya jadi aku buat pemohonan kedua. Pemohonan kedua aku, aku pilih bidang yang aku minat tapi pelik yang pasti orang tak nak. Jadi aku cuba mohon perhutanan di UPM. Aku tak ingat apa lagi...