Posts

Showing posts from March, 2026

Entomologist

Assalamualikum.. Hai untuk 36 orang yang melawat blog sis sebelum ni. Yang baru datang melawat, selamat datang di ucapkan. Oh ya. Selamat berpuasa juga. Cepat je dah masuk bulan Mac yea. Hari ni aku nak bercerita berkaitan pengalaman aku sebagai entomologi. Tahu ke apa tu entomologi dan entomologist. Kita cerita secara kasar je la kan. Nama pun blog santai. Bukan ilmiah. Entomologi ni adalah kajian berkaitan serangga, manakala entomologist adalah orang yang belajar berkaitan serangga. Ok. Sekarang kita selak balik background aku macam mana aku boleh terjebak dalam bidang serangga ni, sebab entry berkaitan course perhutanan haritu dapat sambutan betul terutama pada generasi baru yang nak mendaftar masuk universiti. Ok, disini meh kakak cerita sikit macam mana nak terlibat dan terjebak dengan bidang kajian serangga ni dan mana universiti yang menawarkan bidang ni dan nama bidangnya. Sebenarnya entomologi adalah sub subjek bagi suatu-suatu bidang terutama yang belajar berkaitan perh...