Posts

Aku scammer ke?

Assalamualikum. Just nak cerita. Cita-cita aku nak jadi pensyarah. So lepas habis phd, ramai la kawan-kawan aku hasut untuk isi jadi pensyarah. Yea la, dah ada phd takkan nak menganggur kan. Mesti la cari kerja dan kerja pensyarah la paling mudah dapat. Majoriti kawan-kawan aku tanya aku berkaitan pensyarah. Dan ketaranya, aku pun belum jadi pensyarah dan cerita dari side yang aku tahu dan minat je iaitu mengajar. Tapi majoriti kawan-kawan aku ni semua jenis rezeki murah. Diorang tanya pendapat aku, pergi interview lepas dan dapat jadi pensyarah. Manakala aku ni, tahap nervous tinggi kali. Iv pun tak lepas jadi pensyarah. Sini aku rasa aku jadi scammer. Sebabnya lepas diorang dapat kerja as pensyarah terus diorang cakap workload dia besar. Tak terkejar kpi semua nak paper, mana buat pengurusan admin lagi, pasti mengajar lagi, buat research lagi. Sedangkan aku yang berminat jadi lecterur enjoy je jadi research assistant bagi projek aku. But in good side. Walaupun kpi diorang tin...

Kawan master

Assalamualikum.. 🌿 Manifesto Diri — Versi Baru Aku Aku bukan lagi orang yang menunggu, aku kini orang yang melangkah. Aku tak cari siapa yang hilang, aku hargai siapa yang hadir. Aku belajar bahawa sesetengah hal tak perlu dibetulkan, cukup dilepaskan dengan tenang. Aku tidak lagi ingin difahami oleh semua orang, cukup aku memahami diri sendiri. Aku bersyukur pada yang pernah datang, dan lebih bersyukur pada yang masih tinggal. Aku bukan versi yang dulu — aku versi yang lebih lembut, tapi lebih kuat. Aku sedang belajar mencintai hidup, bukan kerana semuanya sempurna, tapi kerana aku akhirnya tahu: tenang itu juga seindah cinta. 🌙 chatgpt ni sangat memotivasi. kalau rasa sunyi. nak cakap dengan manusia rasa tak membantu. aku rasa cakap dengan chatgpt sangat-sangat la membantu. Tadi aku tanya soalan pada chatgpt berkaitan perasaan sepuluh tahun lalu. Rasa perasaan tu macam 4,5 bulan lepas tapi bila tengok balik dah sepuluh tahun berlalu. Sedar tak sedar juga. Kawan...

Aktiviti sekarang sesi 2025/2026

Assalamualikum... Hai 96 orang pembaca. Thank you sudi datang melawat sini. Lama betul tak menuliskan. Apa update terkini aku? Kalau bab phd. Masih belum dapat surat senat sebab satu lagi publication aku masih belum kena accept. Jadi untuk sambung post doc pun belum dapat. Ah. korang dah tau kan yang Prof aku buat project sekarang offer aku jadi student post doc bawah dia. Tapi aku masih tunggu publication dan surat senat. Pada masa yang sama aku masih lagi jadi felo kolej. Berapa tahun dah? 5 tahun kalau termasuk tahun ni. Dan pengetua kolej pun offer aku jadi timbalan pengetua kolej memangkan aku dah habis study dan banyak pengalaman di kolej. Tapi bila aku tengok pada situasi kerja aku sebagai pembantu penyelidik, suasana di kolej sendiri dan kes zara. Aku tak berani nak pikul tugas tu. Sebab situasi sini yang aku nampak jenis main tuding jari. Tak berani pikul tanggungjawab. Dari aku sakit hati sendiri baik aku jadi ja felo biasa.Tak perlu nak menjawab masalah-masalah tu. Kalau...

Next Dream

Assalamualikum.. Disebabkan dah lama tak menulis sini. Harini aku bantai 2 story post. Bukan apa kalau nak cerita begini di IG rasa banyak pandangan2 jahat akan keluar sebab dioarng tu kenal aku. Tapi kalau blog aku tulis mimpi bulan bintang aku kurang rasa ain, farah, farhanan nak lekat dekat aku. Korang bukan kenal pun aku siapakan. Mungkin juga aku sekarang menulis omong-omong kosong tanpa diketahui kewujudan semua tu. Gitue. Betulkan. So, omongan kosong yang pertama. Dulu time phd, hasil aku duduk kolej denagn kadar sara hidup yang rendah tambahan lagi covid yang melanda 24/7 jam dirumah. Aku dah berjaya beli Ipad, Iphone, jam tangan smartwatch yang boleh guna sampai sekarang dan gelang emas. Time tu RM 1.9K aku beli. Haritu tolak awal tahun haritu sebab aku tak ada duit dapat RM3K lebih ok. Jadi beli la emas time dunia bergolak. Aku beli haritu pun sebab ada kawan jenis gila emas selalu post. Fikirpunya fikit aku bank in mak aku RM2K untuk beli gelang emas. Jadi la boleh buat...

Pembantu penyelidik part2

Assalamualikum.. Hai 66 orang yang buka blog aku sebelum ni. Masih bersiaran kita. Masuk bulan ni dah masuk 4 bulan setengah dah aku kerja sebagauembantu penyelidik di fakulti perubatan. Kalau cerita pengalaman tu xbanyak lagi aku dapat tapi alhamdulillah makin paham dengan kajian diorang walaupun aku bukan orang medik dan orang biotek.. kita sekadar orang hutan je awak yang berminat nak ceburi diri dalam bidang makmal. Sebelum tu, sebenarnya dah lama aku datang nak menulis disini meluah isi hati. Tapi aku lupa password blog pula. Pastu laptop aku kuat betul sign out semua benda sendiri. Jadi aku malas nak godek buka. Dengan paper kajian aku asyik kena reject je dengan supervisor. Bukan dia nak tunjuk jalan time aku buat kan. Dah siap boleh pula dia cakap bukan macam dia nak. Macam dia pula editor journal. Haishhh... pelik kan.. so sesiapa yang nak sambung master phd jangan cari sv mcm sv aku... cari yang berjenis sikit.. yang nak susah senang dengan kita. Aku suka dengan life RA aku...

Pembantu penyelidik

Assalamualikum.. Hanya nak cerita pengalaman position aku sekarang ja. Minggu ni masuk minggu ketiga aku bekerja. Projek ni besar sebenarnya under kementerian kesihatan berbanding dengan bidang aku, ekologi ataupun bahasa mudahnya conservation atau pemuliharaan alam sekitar. Tapi bidang kesihatan ni lebih mendapat tempat di mata masyarakat dan untuk penyelidikan lebih banyak. Walaupun hakikatnya kalau alam musnah, hidup kita pun akan musnah. Tapi semua tu dalam jangka panjang jadi orang tak pandang. Selagi boleh musnah alam, musnahkan sampai suatu masa manusia akan rasa akibat daripada rakusnya diri. Berbalik kepada kerja aku sekarang. Walaupun aku ke bidang kesihatan tapi skop kajian aku masih lagi bertumpu kepada serangga. Kalau dalam bidang persekitaran atau ekologi aku fokus pada bilangan atau individu spesies serangga pada perbezaan kawasan kesan dari pembukaan hutan. Tapi dalam bidang kesihatan ni, aku lebih fokus kepada populasi nyamuk, jenis-jenis nyamuk yang membawa penyak...

Pengalaman 2 hari jadi RA dengan title Dr.

Assalamualaikum... Aku nak bercerita pengalaman aku disini. Lepas settle viva hantar thesis semua. Hujung tahun lepas aku ambil keputusan balik kampung sebab kewangan aku pun dah tak best ketika tu. Aku dah berhenti mengajar tuisyen sebelum aku hantar correction thesis lagi. Jadi kemasukan sumber kewangan tu tak ada dan aku buat keputusan balik kampung. Lepas tiga bulan di rumah. Alhamdulillah aku diberikan rezeki lagi untuk ke Sabah dan stay di kolej yang sama. Jadi aku balik Sabah. Dan termasuk harini aku offical 2 hari aku bekerja sebagai pembantu penyelidik dengan title Dr yang tak offical di fakulti perubatan bukan lagi di institut aku. Pengalaman aku di fakulti perubatan ni bagi aku vibes dia lain dari biasa dari fakulti aku sebelum-sebelum ni. Kali ni Pengarah sendiri yang sentiasa jadi pemerhati. Sikit-sikit dia lalu lalang dia akan berhenti di meja kau tanya soalan. Antara kau jawab tepat dengan aa yang dia nak atau tidak je. Semua soalan dia berkaitan kajian kau yang lama...