Aktiviti sekarang sesi 2025/2026

Assalamualikum...

Hai 96 orang pembaca. Thank you sudi datang melawat sini. Lama betul tak menuliskan. Apa update terkini aku? Kalau bab phd. Masih belum dapat surat senat sebab satu lagi publication aku masih belum kena accept. Jadi untuk sambung post doc pun belum dapat. Ah. korang dah tau kan yang Prof aku buat project sekarang offer aku jadi student post doc bawah dia. Tapi aku masih tunggu publication dan surat senat. Pada masa yang sama aku masih lagi jadi felo kolej. Berapa tahun dah? 5 tahun kalau termasuk tahun ni. Dan pengetua kolej pun offer aku jadi timbalan pengetua kolej memangkan aku dah habis study dan banyak pengalaman di kolej. Tapi bila aku tengok pada situasi kerja aku sebagai pembantu penyelidik, suasana di kolej sendiri dan kes zara. Aku tak berani nak pikul tugas tu. Sebab situasi sini yang aku nampak jenis main tuding jari. Tak berani pikul tanggungjawab. Dari aku sakit hati sendiri baik aku jadi ja felo biasa.Tak perlu nak menjawab masalah-masalah tu.

Kalau situasi aku sebagai pembantu penyelidik sekarang. Alhamdulillah ok juga. Tapi banyak kerja juga lately ni sebab menguruskan permit yang dekat dengan tarikh tutup. Situasi aku. Time ada kerja memang padat betul. Kalau time free sangat free. Tapi alhamdulillah semua masih dalam kawalan. Kalau cerita pensyarah ucsf tu. Aku dah pergi iv dan dah dapat pun jadi pensyarah. Tapi aku tolak sebab aku rasa life dalam UMS lagi selesa walaupun selalu ada isu tiada air. Tapi dah survive kot. 5 tahun dah hidup dalam keadaan ni.

Latest news dari aku. Aku terpilih untuk ikut workshop di Vietnam dalam serology analisis. Untuk maklumat juga sekarang aku di bawah fakulti perubatan. Kajian aku sebagai RA fokus pasal darah, penyakit malaria dan nyamuk.Untuk bengkel serology tu aku kena belajar analisis untuk serum darah ataupun lebih kepada darah putih yang mengandungi antibodi badan dalam melawan penyakit. Sebenarnyakan ini aku paling takut. Sudah la sekarang aku belajar yang jauh tersasar dari bidang aku. Prof hantar aku belajar analisis dengan Dr - dr lain dari bidang perubatan. Kau bayangkan kau bidang perhutanan pergi ke bidang perubatan. Blur weh. Tapi prof yakin ja suruh aku buat itu ini. Kadang aku takut sendiri dengan keyakinan prof bagi tu. Lain bidang kot. Sudah ka english aku pun kelaut. Tadi Dr mesej aku. Dr aku atau PI aku sekarang untuk projek adalah Dr dari Universiti Singapore. Dia tanya aku terpilih ke untuk join workshop. Tapi aku belum check dmail time jadi aku cakap xpasti sekali nak kau, terpilih dan harini juga kena bagi maklum balas. Pastu Dr cakap " Dont worry Tina will join you." Lega sikit aku rasa. Sebab Tina ni student oxford dari Indonesia jadi dah beberapa kali jumpa aku berhubung berkaitan sampel projek ni. Jadi aku lega sikit. Sebab kalau tidak aku kena pergi dengan sorang lagi Dr di fakulti aku ni. Dr ni lelaki, tapi aku susah nak paham dia punya peel. Sebab dia macam ramah. Tapi macam dia hanya akan sembang dengan orang tertentu ja dalam lab kami tu. Aku tak tahu la, muka aku dalam lab tu jenis muka tak welcoming orang ke? ke apa ke? Aku tak tau.. Selalunya orang akan masuk. Tengok aku (sebab meja aku di kaunter tetamu depan pintu- prof dah suruh aku pindah atas sebab dia ckp mungkin aku tak selesa duduk situ. Sebab orang lalu lalang. Tapi aku ok je sebab aku suka tengok orang #busybody) Diorang aku berlalu dan cari muka yang diirang familiar dan berborak. Gitue la keadaannya. So kalau aku pergi Vietnam dengan Dr tu mesti aku kesorangan. Sudah la tek biasa lagikan. Syukur la Tina join.

Itu je la aku nak cerita. Esok aku ada pendaftaran kolej untuk budak tahun 1 masuk sesi 2025/2026. Hope tahun ni pelajar yang masuk baik- baik dan bagus- bagus la dan tidak memberatkan kami. Goodluck juga buat yang lain lain diluar sana dalam apa pun cabaran hidup. Oh the last thing, housemate aku dah dapat jadi lecturer. Bestnya. Gaji ribu riban. Sini aku ada tiga kawan yang dulu struggle belajar sama- sama sekarang dah dapat jadi pensyarah sini. First ijat kawan upm dulu. waktu aku master dia phd. sekarang dah jadi pensyarah banyak tahun dah sini. kedua kawan aku pink. ini sama- sama master dan phd tapi dia buat phd di upm aku buat sini. Dia dapatjadi pensyarah dah. Tapi publication dia xyah cakap la 30 lebih semua high index. Ini baru 2 bulan masuk mendaftar jadi pensyarah dah ada 1 paper accept nama bawah fakulti sekarang. dan lastest dapat jadipensyarah housemate aku, bulan ni first gajia dia. bestnya diorang semua dah dapat kerja tetap. Moga ada rezeki aku juga di universiti awam

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Andai esok aku tiada..

::course perhutanan.. jom kenal::