Posts

Showing posts from April, 2019

Phd data collection

Assalamualikum.. Hai, hari ni dah minggu kedua dah nak masuk minggu ketiga aku berada ditapak kajian SAFE, Tawau Sabah. Dan satu plot pun belum complete lagi. Stress juga bila progress lambat sebab banyak faktor, aku ingat mudah je macam kumpul data master dulu.. tapi kali ni banyak faktor aku kena perhatikan. Dugaan demi dugaan.. minggu first, banyak hujan dan tak dapat masuk plot, minggu kedua masalah pemburu haram yang kejar salah seorang penyelidik di tapak kajian aku.. dan hari ni aku pulak terlupa bawa barang penting dalam kajian menyebabkan kerja terpaksa ditangguhkan ke minggu depan.. kawasan kajian kali ni sangat mencabar.. sebabnya dia merupakan pecahan hutan (fragment forest) yang  merupakan hutan yang dipecah-pecahkan waktu pembalakan dan aku kena masuk balik selepas 9 tahun.. mencabar.... so lebih kepada meredah semak samun sebenarnya sepanjang kajian. keduanya, kena meredah banyak bukit. turun naik, turun naik bukit yang curam, banyak batu dan sarap hutan...

Aku si ecologist

Image
Assalamualikum.. Macam mana iman begitu juga pembelajaran ada masa semangat tinggi untuk mengejar ilmu ada masa semangat down gila-gila sampai rasa menyesal kenapa aku berada pada jalan ni begitulah dugaan menuntut ilmu, ada pancaroba yang tidak boleh nak diagak.. Sekarang aku rasa alhamdulillah syukur sangat sebab ditemukan  dengan seorang rakan sepejuangan yang bersemangat walaupun berlainan bangsa dan agama, tapi dia punyai semangat yang tinggi dalam mengejar ilmu ini, sikit sebanyak memberi aku semangat untuk turus mengejar cita-cita aku kawan sangat mencerminkan kita. dia bayangan yang cuba dipantulkan seperti yang kita inginkan atas usaha kita. pagi tadi, aku terbangun dan terbaca artikel ibu **** berkaitan phd palsu.. yea, dulu aku tergilakan juga untuk dapat phd atasan gelaran doktor falsafah itu tapi bila aku melalui jalan ini, aku rasa tipisnya ilmu aku untuk dicurahkan tipisnya pengetahuan aku untuk mendapat gelaran  atas nama bes...