Phd data collection

Assalamualikum..

Hai, hari ni dah minggu kedua dah nak masuk minggu ketiga aku berada ditapak kajian SAFE, Tawau Sabah. Dan satu plot pun belum complete lagi. Stress juga bila progress lambat sebab banyak faktor, aku ingat mudah je macam kumpul data master dulu.. tapi kali ni banyak faktor aku kena perhatikan.

Dugaan demi dugaan.. minggu first, banyak hujan dan tak dapat masuk plot, minggu kedua masalah pemburu haram yang kejar salah seorang penyelidik di tapak kajian aku.. dan hari ni aku pulak terlupa bawa barang penting dalam kajian menyebabkan kerja terpaksa ditangguhkan ke minggu depan..

kawasan kajian kali ni sangat mencabar.. sebabnya dia merupakan pecahan hutan (fragment forest) yang  merupakan hutan yang dipecah-pecahkan waktu pembalakan dan aku kena masuk balik selepas 9 tahun.. mencabar.... so lebih kepada meredah semak samun sebenarnya sepanjang kajian. keduanya, kena meredah banyak bukit. turun naik, turun naik bukit yang curam, banyak batu dan sarap hutan  serta jauh... fuhs boleh tahan dan la material kajian pun banyak.. fogging and  traillagi... dengan environment stuff lagi panjat bukit lagi.. penat gak la.. tapi bila dah siap dah balik rasa puas...


kajian aku wajib bermula sebelum 6pagi.. so aku akan gerak awal pagi ke tapak kajian seawal pukul 3pagi, 4 pagi  bergantung pada jarak dan masa  perjalanan... kalau jauh kami akan bergerak awal-awal pagi..  dan aku dibantu dua RAs..  Pun kekadang tak sempat mengejar dalam gelap malam lagi.. bukit bukau.. tak de stamina.. memang slow gila la aku.. tapi ok sikit la dari panjat bukit-bukit waktu panas-panas tengahari...  pagi rasa segar je panjat bukit.. cumanya balik tu akan penat sebab panas tapi syukur turun bukit je..

okey la.. takat tu dulu cerita aku kawasan kajian aku nanti aku sambung ke topik seterusnya..

P/S : Bukit- bukau sini sangat cantik..


Bilik 6
Tapak kajian safe
19:16  20042019

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..