COVID 19 - PKP - RAMADAN 2020 - PHD-
Assalamualikum.. Sebelum memulakan cerita aku hari ni, ingin aku terjemahkan dulu maksud tajuk aku kali ni. Covid 19 merujuk kepada situasi serangan virus pada dunia hari ini. Bermula sejak disember 2019 virus in mula dikesan dan mula menular di disekitar warga wuhan, china dan pada awalnya di kesan pada pasar makanan exotic wuhan yang disyakin virus disebabkan oleh haiwan. Virus menyerang sistem pernafasan manusia sama yang keluarganya sama dengan MERS- Cov. Penyakit ini mula menular ke seluruh dunia apabila kebanyakan rakyat cina pulang dari raya cina ke kawasan kerja masing-masing, iaitu dari serata pelusuk dunia kerana virus hannya dapat dikesan selepas 14 hari yang mana pesakit mula hilang dia rasa dan bau dan batuk-batuk. Pada Februari 2020, China dan Jepun adalah negara yang paling tinggi diserang oleh penyakit Covid-19 dan pada masa kini negeri eropah iaitu US adalah negeri yang tertinggi kerana tidak ada sekatan perjalanan terhadap perjalanan rakyat kerana te...