Nisfu Syaaban - 15 Syaaban 1443H
Assalamualaikum.. Jumaat 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H merupakan hari nisfu syaaban yang mana pada maghrib sebelum telah diangkat buku amalan kita dan digantikan dengan buku amalan baru. Selain menunjukkan kita semakin hampir melangkah kebulan ramadan, hari tersebut juga mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. 1.40 petang pada hari tersebut. Adik aku jat, mengkhabarkan keadaan ayah yang lain dari hari-hari biasanya. Whatsapp group sentiasa menjadi perbualan aktif kami membincangkan kondisi ayah dan persiapan perkahwinan jat. Sebelumnya ayah dikuarantin selama 10 hari katanya disebabkan covid. Sebelum ayah di masukkan ke wad covid kondisi ayah sudah lemah tidak mahu makan dan asyik mengerang. Ayah sudah pun ambil vaksin kedua-duanya. Selepas kakak call hospital. Ayah di tahan wad 10 hari. Kata Doktor keadaannya ok di wad kuarantin. Namun selepas 10 hari hari ayah dipindahkan ke wad biasa. Dr di wad biasa cakap kondisi ayah tak sama seperti laporan yang diterimanya da...