Posts

Showing posts from November, 2024

Agropreneur Muda

Assalamualaikum.. Hai, next month aku dah tinggalkan negeri bawah bayu dan kembali ke negeri aku, jelapang padi. Kalau ikut rasa sedih sangat sebab dah 7 tahun aku disini. Phd aku pun dah nak habis. Tinggal submit satu paper kajian ja lagi. Thesis viva semua dah settle. Jadi mula semula fasa-fasa mencari kerja. Adik aku ada post kekosongn di tempat kerja dia iaitu Bizlink. Kerja lebih kepada pengurusan pejabat dan kejuruteraan dalam elektronik. Aku pula rasa sayang dengan bidang aku sekarang, lama dah bergerak jauh dalam bidang ni iaitu pertanian dan perhutanan. Aku minat tanam -tanam pokok tapi aku tak suka kena panas. Hhahaha. Aku tak tahu bila aku bakal dapat kerja jadi pensyarah atau tidak langsung. Tau weh tak nampak masa depan. Aku ingat aku nak cari kerja di bahagian pertanian. Tak kisah la jaga nurseri ke kilang baja ka asal aku dapat ilmu. Sebab aku fikir, mak ayah dua-dua ada tanah. Ayah tinggal tanah pada kami adik beradik berhekta-hekta. Masing-masing ada bahagian. A...

Temu duga oh temu duga..

Hai Assalamualaikum.. Hari ni aku nak bercerita berkaitan temu duga. Situasi aku sekarang, alhamdulillah di beri pengalaman menjadi penemu duga dan ditemu duga. Kedua-duanya pun aku pernah rasa. Sebagai ditemu duga siapa tak pernah rasakan, waktu tu tahap mendebarnya macam nak terkeluar jantung. Padahal kalau dilihat balik bukan penemuduga nak makan kita pun. Tapi takutnya tu, YA Allah. Bukan apa, takut tak dapat jawap soalan yang diberikan dan takut tersalah menjawab soalan. Orang selalu cakap confident ja bagi jawapan, insyaALLAH dapat. Tapi kita selalu tergagap-gagap disebabkan point di atas. Tambahan pula bila nervous, terus hilang segala jawapan yang kita nak bagitau tadi. Padahal kita tau ja jawapan tu. Bila duduk sorang-sorang, mula la jawapan-jawapan tadi berterbangan di minda sedangkan waktu temuduga tadi tak dapat jawap. Itu pengalaman aku bila masuk interview. Tapi sebenarnya jawapan kita bagitau tu, tak ada betul dan salahnya. Tapi kita takut, takut kemungkinan untuk di t...