Agropreneur Muda

Assalamualaikum..

Hai, next month aku dah tinggalkan negeri bawah bayu dan kembali ke negeri aku, jelapang padi. Kalau ikut rasa sedih sangat sebab dah 7 tahun aku disini. Phd aku pun dah nak habis. Tinggal submit satu paper kajian ja lagi. Thesis viva semua dah settle. Jadi mula semula fasa-fasa mencari kerja.

Adik aku ada post kekosongn di tempat kerja dia iaitu Bizlink. Kerja lebih kepada pengurusan pejabat dan kejuruteraan dalam elektronik. Aku pula rasa sayang dengan bidang aku sekarang, lama dah bergerak jauh dalam bidang ni iaitu pertanian dan perhutanan. Aku minat tanam -tanam pokok tapi aku tak suka kena panas. Hhahaha. Aku tak tahu bila aku bakal dapat kerja jadi pensyarah atau tidak langsung. Tau weh tak nampak masa depan.

Aku ingat aku nak cari kerja di bahagian pertanian. Tak kisah la jaga nurseri ke kilang baja ka asal aku dapat ilmu. Sebab aku fikir, mak ayah dua-dua ada tanah. Ayah tinggal tanah pada kami adik beradik berhekta-hekta. Masing-masing ada bahagian. Aku pun minat dengan tanaman dan aku sendiri ada sedikit pendedahan berkaitan dengan pokok dan serangga. Cumannya pendedahan untuk kawal populasi tu ja kurang sikit. Biasa la orang konservasi ni dia lebih utamakan kawalan biologi berbanding baja dan racun kimia. Jaga alam katakan. Aku pun ada tanam-tanam sikit di kolej alhamdulillah boleh la buat rasa-rasa guna sisa makanan dapur dapat la rasa tomato dan peria tanaman sendiri. Tapi tu la tak banyak sangat hasil. Cukup la sikit pendedahan walaupun tiba pokok mati kecewanya tu kadang kadang. Itu la bila buat ni kena berani hadap risiko, pokok mati terlebih suhu, hujan turun terlebih air, gangguan serangga perosak dan macam-macam lagi. Semua kena fikir dan melibatkan kos.

Cabarannya tinggi tapi semua tu kena kuat kalau pergi ke bidang pertanian. Kos dan masa tapi bab kawasan atau tanahdah ada. Guna juga pengalaman yang ada. Aku ada buka website kementerian pertanian. Kerajaan ada peruntukan Rm20 000 untuk gropreneur muda dengan sumbangannya adalah dalam bentuk jentera. Tapi aku tengah fikir modal lagi. Kalau betul-betul nak buat kena tolak tanah fikir lagi nak tanam apa yang rasa boleh masuk dan senang tumbuh. Paling2 nampak cili la tapi sakit hati lawan bena atau whitefly.

Doakan aku guys. Moga ada jalannya dan support system. Support system tu penting.

Maklumat agropreneur Muda dari kementerian pertanian

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..