::pendiam::
pendiam..
kalau dilihat kembali pada kamus dewan edisi keempat.. bermaksud, tidak suka bercakap2.. kurang ramah.. banyak berfikir dan banyak pengalaman.. ada juga yang mengatakan.. orang yang senyap .. banyak ilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar2..
pada masa yang sama.. orang selalu mengatakan aku nie pendiam.. senyap.. dan tidak banyak bersuara... dan zodiak aku sendiri pun menyatakan perkara yang sama.. begitu juga dengan bulan kelahiran aku.. aku pendiam.. (kecuali dirangsang).. agak betul disitu.. kalau aku dapat geng yang sekepala dengan aku.. aku agak kecoh.. sehinggakan kawan2 aku tak percaya dengan situasi tersebut.. dan mengatakan.. adakah itu aku???
semua tue x menjadi masalah.. tapi adakah situasi di perenggan pertama itu.. mempunyai sifat aku.. bukti dan kesahihannya.. aku sendiri x pasti.. sebab aku x pandai nak menilai diri sendiri... tapi apa yang pasti.. aku sememangnya suka memerhati.. x kisah lah tingkah laku atau perwatakan seseorang.. aku suka melihat dan menilai..
kata orang lagi.. orang yang senyap nie.. sangat bahaya.. kerana sekali dier dah bersuara.. kata2nya sangat bermakna.. disebabkan dier pemerhati yang kuat.. tue pun aku x pasti.. mungkin juga benar penilaian oarang mengenai benda tue.. tapi aku bukan diketagori oarang yang senyap seperti itu.. sebab aku jenis suka mendengar penilaian orang.. dan suka mendengar oarang berterus terang.. x kisah la baik atau buruk.. aku dengar.. dan aku terima.. walaupun aku marah macam mana pun...
lagi satu tabiat aku.. aku memang suka memerhati.. dan melihat gelagat oarang nie.. dari situ.. banyak yang boleh aku pelajari.. dan kedang2 mungkin susah aku nak menyatakan.. sebab aku tidak pandai bermadah.. dan menutur ayat yang baik untuk sedap didengari orang.. jadi setiap ilmu yang aku dapat.. kebanyakkan aku belajar dan juga untuk diri sendiri... bukan bermaksud untuk kedekut ilmu... tapi biarlah orang dapat pelajarinya dari tingkah laku aku..
bagi aku.. lidah satu benda yang tajam.. dan aku x pandai melembutkannya.. dan bagi aku juga.. setiap kata2 aku sering menguris perasaan manusia.. dan bagi aku juga.. maaf satu benda yang mudah ditutur.. dan sukar untuk diubati.. jadi bila kita dah tahu sedemikian.. kenapa kita nak lebih banyak yang terluka dengan kata2 kitakan.. adakah itu satu kepuasan atau sebagainya.. jadi sebelum banyak yang terluka.. fikirkan yang terbaik.. jangan buat orang terluka tanpa sebab.. lebih baik diam.. dan jadikan sesuatu tue sebagai pengajaran dalam diri sendiri.. supaya kita lebih mempelajri sesuatu yang baru untuk masa akan datang..
Comments
Post a Comment