:: PARASIT::

korang faham x maksud parasit.. yang pernah suatu masa dulu tyme form 4, form 5 kita belajar dalam sains mengenai salingan hidup.. yang mana PARASIT nie merupakan penumpang pada perumah tersebut.. dan akan memusnahkan perumah tersebut suatu hari nanti.. itu dalam salingan hidup tumbuhan..yang jelas kita lihat adalah ficus sp atau pokok ara yang tebiat dier macam nie..

kalau kita lihat pula PARASIT manusia..iaitu antara manusia dengan organisma lain.. yang selalu jadi parasit nie adalah.. kutu.. hama.. dan beberapa jenis lagi.. yang merosakkan jaringan nutrisi dalam badan manusia..dan dijadikan makanan untuk nyer.. itulah parasit.. akhirnya.. perumah mengalami pelbagai penyakit dan kesan2 yang tak diingin..

tue.. antara hidup manusia dengan organisama yang diberi nama PARASIT.. tapi macam mana pula dengan kehidupan manusia.. hubungan manusia.. dengan manusia yang bernama PARASIT.. yang x jelas kita lihat rupa bentuknya.. x tau macam mana nak mencegah dan sebagainya.. 

ok.. kalau kita lihat kembali dua statement mengenai PARASIT.. kat atas nie.. rasanya.. kita mampu cegah dan mampu musnah.. tapi kalau PARASIT yang ketiga susah untuk dimusnahkan.. apa lagi nak mengelak.. isyhh.. hidup.. lagi bertambah susah.. apabila parasit nie.. ada dikalangan ahli keluarga.. agi la susah nak mengelak..

bukan apa.. dan x salahkan kalau susah minta tolong dari family yang terdekat.. tapi.. orang cakap.. kalau hari2 minta duit.. tauke balak pun boleh bankrup.. aku kesian tengok mak ayah aku.. susah cari duit... siang malam.. tapi saudara mara yang lain.. senang2 jew minta nie.. minta tue.. apa diorg ingat mak aku cop duit..

kekadang tue.. cakap besar.. beli tue.. beli nie.. tukar keta tue.. tukar keta nie.. last2 datang cari mak aku gak.. minta duit.. apa jenis tue.. aku pun x faham.. diorang nak jadi apa pun.. tapi tolong la jangan kacau family aku.. aku kesian kot kat mak aku.. ktorg ad family.. cari duit sendiri.. diorang ada family.. pandai2 la cari duit sendiri.. anak2 pun dah besar..ada kerja.. tapi mak aku juga diorang cari.. minta duit.. pastu bila mak aku kerja siang malam.. pandai pula diorang cakap.. mak aku nie x tau rehat.. padahal.. apa diorang buat.. diorang x fikir.. asyik nampak mak aku kaya jew.. isyhss.. manusia2..

aku harap sangat la.. kepada pembaca2 sekalian.. kalau yang baca tue.. hidup nie.. seboleh2nya.. jangan la menyusahkan orang.. lakukan sebolehnya.. apa yang kita boleh buat.. kita buat.. jangan harapkan tenaga dan simpati dari orang lain.. lain la kalau dah x berdaya.. terpaksa la kan.. tapi kalau usia muda dalam 30-40an.. tue tipu.. sememangnya masih ada agi tenaga untuk buat kerja.. cara duit sendiri.. jangan cuba menyusahkan orang lain.. cz kalau nak tue.. memang seribu daya.. kalau dah malas .. adalah seribu dalihnya.. kan dah ibarat PARASIT kalau cam tue...

 gambar nie.. bukan menunjukkan ulat beluncas tgh bawa larva dier k..tapi nie adalah contoh.. PARASIT.. iaitu braconid wasp... dier jz menumpang pada hornworm.. then pada masa yang sama.. dier akan bertukar menjadi pupa dan akan makan hornworm.. dalam proses metamorforsis tersebut..
uhuh~~ sangat kejamkan.. dah tumpang.. makan perumah agi.. ishh..


p/s:: aku ingat aku nak letak gambar cacing yang dalam perut orang tue.. tapi tetiba lak aku rasa sangat geli n x lalu nak makan pula nnt.. jadi aku jz letak gambar parasit yang nie jew la..

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..