.. selongkar fakta makanan..

..ramai beranggapan tabiat makan dan pengetahuan mengenai pemakanan yang sentiasa diasaskan daripada tanggapan idea dan maklumat saintifik adalah benar... namun tidak semua kepercayaan yang berasaskan saintifik itu betul kerana kepercayaan yang sangat relevan adalah maklumat yang mempengaruhi kesempurnaan pemakanan termasuk kandungan zat makanan, jenama dan sifatnya... kebanyakan kepercayaan dan idea ini adalah tentang sesuatu makanan itu sama ada ia baik, tidak baik atau lebih baik... bagaimanapun, kepercayaan ini berbeza dan berubah-ubah mengikut keadaan dan masa.. bagi insan2 yg ingin diet.. baca la dengan sebaik-baiknya...

Antara fakta dan kekarutan mengenai makanan adalah:

Karut: Makanan yang kurang karbohidrat sangat baik untuk mengurangkan berat badan.

Fakta: Memang benar makanan yang kurang karbohidrat pada akhirnya boleh mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, penurunan berat badan tersebut adalah disebabkan oleh kehilangan cecair yang akan digantikan semula selepas individu itu mengambil balik makanannya yang biasa.
Karbohidrat adalah mustahak dibekalkan dalam badan untuk mengurangkan kelesuan, tekanan darah rendah dan sebagainya.Di samping itu, makanan yang mengandungi serat secukupnya penting untuk usus berfungsi dengan baik.

Karut: Sekeping roti bakar mempunyai kalori yang rendah berbanding sekeping roti biasa.

Fakta: Kandungan kalori roti bakar dan tidak bakar adalah sama walaupun beratnya berbeza.

Karut: Makanan berkanji seperti roti, bijirin dan kentang boleh 'menggemukkan'.

Fakta: Roti, bijirin dan kentang adalah murah dan ia mengandungi protein dan beberapa jenis vitamin dan mineral.Makanan, tidak kira apa jenisnya jika dimakan secara berlebihan akan menambahkan berat badan. Untuk mencapai pemakanan yang seimbang, jumlah roti dan bijirin yang cukup perlu diambil setiap hari.

Karut: Limau gedung atau grapefruit adalah makanan yang boleh melangsingkan badan kerana ia dapat membantu membakar lemak dalam badan.

Fakta: Tidak ada makanan yang boleh disebut dapat 'melangsingkan' badan. Walaupun limau gedung mengandungi nilai rendah kalori, ia tidak boleh membakar lemak atau memiliki kesan positif untuk melangsingkan badan. Sebarang makanan yang rendah tenaga akan menyebabkan lemak dalam badan dibakar bagi mencukupi permintaan tenaga yang diperlukan.

Karut: Lebih baik menggunakan madu berbanding gula.

Fakta: Tidak banyak bezanya menggunakan madu ataupun gula. Kedua-duanya mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi (4 kalori/ 17kJ setiap gram).Terdapat sedikit zat di dalam madu tetapi jika jumlah yang diambil tidak banyak, ia juga tidak memberi kesan yang maksium.

Karut: Pisang ''menggemukkan'' dan tidak boleh dimakan apabila kita mengamalkan makanan rendah kalori.

Fakta: Pisang tidak mengandungi lemak tetapi mempunyai karbohidrat yang tinggi. Sedikit pisang adalah bersamaan dengan satu sajian buah-buahan lain.

Karut: Buah-buahan dan jusnya tidak 'menggemukkan' dan boleh diambil tanpa had sebagai makanan yang dapat menguruskan badan.

Fakta: Walaupun buahan adalah sumber bagi vitamin dan serat, satu sajian buah-buahan atau segelas perahan buah sebanyak 120ml mengandungi karbohidrat yang sama dengan sekeping roti. Oleh itu, seperti roti, buah-buahan juga tidak boleh
diambil terlalu berlebihan ketika mengamalkan makanan berkalori rendah.

Karut: Mengambil sarapan pagi adalah tidak penting.

Fakta: Kajian-kajian yang dijalankan mendapati sarapan pagi merupakan makanan yang membuka puasa semalaman Malah ia juga banyak menujukkan bahawa individu yang melangkau sarapan pagi memiliki prestasi yang lemah setelah menghampiri waktu tengah hari berbanding mereka yang mengambil sarapan.

Karut: Biskut kering kosong tidak menggemukkan dan boleh diambil tanpa had.

Fakta: Makanan ini bukannya tidak mempunyai kalori langsung dan adalah disarankan mengehadkan pengambilannya.Meskipun begitu, ia boleh diambil menggantikan roti dan dinasihatkan supaya tidak menambah bahan lain seperti marjerin, daging, keju dan sebagainya pada biskut tersebut.

Karut: Santan mengandungi kolesterol.

Fakta: Santan, seperti juga sumber minyak sayuran lain tidak mengandungi kolesterol. Bagaimanapun, ia adalah lemak tepu dan jika diambil terlalu banyak boleh meningkatkan kolesterol darah.Demikianlah beberapa kekarutan tentang pemakanan yang seharusnya diperbetulkan oleh setiap individu sebelum sesuatu makanan itu diambil.Ia tidak seharusnya terus membelenggu individu berkenaan sehingga menjadikannya satu garis panduan yang perlu diikuti.


.. apa yang penting disini adalah pengambilan makanan secara seimbang adalah penting dalam kehidupan seharian kita.. dan mengikut kuantiti yang sepatutnya dengan aktiviti harian kita.. barulah memberikan tahap kesihatan yang baik.. pada tubuh dan kehidupan harianb kita... kreadit +++  kepada cybermelayu....

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..