::HUTAN.. sedarkah kita??::

assalamualaikum..

disebabkan oleh kerana sekarang aku nak kembalikan mood back to study... jadi aku nak bercerita la dengan korang berkaitan hutan nie.. sebabnya aku nie ambil kos perhutanan..  yang mana dipertanggungjawabkan kepada kami untuk mengenali, menjaga dan memelihara khazanah hutan tersebut dalam masa yang sama menggunakan segala hasil hutan dan mengguna pakai khazanah tersebut dengan bijaknya..

sebagai contoh.. nak tebang, ambil hasil balak hutan.. tak kisah.. ambil la.. tapi mesti ikut piawai yang ditetapkan.. ada limitnya.. dan lepas ambil jangan lupa tanam semula.. cam tue juga kalau berekreasi dan riadah.. boleh nak guna dan hayati.. tapi dalam masa yang sama menjaga hutan juga untuk kepentingan.. kalau nak buat research lagi bagus.. dalam masa yang sama memeliharanya.. itulah tugas kami..

hutan sememangnya sumber yang boleh diperbaharui.. mudah sahaja.. namun atas sikap manusia juga.. perkara yang mudah menjadi susah..kerosakan berlaku disana sini.. disebab oleh sikap ambil mudah manusia.. kemusnahan berlaku.. dan sesuatu perkara dipandang remeh..

kalau sebelum nie kita dengar mengenai kerosakan hutan.. dan sebagainya.. kita salahkan pembalakan.. walaupun pembalakan atas tujuan ekonomi.. namun pernah tak kita pertikaikan orang yang menggunakan produk dari hasil pembalakan.. dan kita lihat tak persijilan produk dari hasil perabot yang kita beli .. ada tak memenuhi piawai alam sekitar.. dan adakah kita tahu kewujudan dan sedar terdapat persijilan tersebut terhadap hasil2 dari prodak hutan yang dikeluarkan...

masih banyak yang belum kita sedar bukan.. dari hutan.. dan banyak lagi jenis perlindungan yang diberikan kepada hutan kita .. dan langkah penjagaannya..  namun begitu banyak manusia memang remah terhadap perkara tersebut.. dan memandang subjek perhutanan adalah subjek yang mudah.. dan hanya dipandang remeh oleh masyarakat.. tanpa kita sedar.. udara yang kita hirup sekarang nie.. perlu penjagaannya.. dari kemusnahan...

walau apa sekalipun.. hutan adalah sumber kepelbagaian biologi yang perlu kita sedari dan kita jaga..





Comments

  1. Salam;
    Hutan juga tempat jin2 hantu2 bersepak berterajang..andaikata kita rosakkan ekosistem mereka maka marahlah mereka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...