::kempunan::

assalamualikum.. apa khabar..

bila masuk tahun baru nie.. banyak orang mula la buat hajat bagai-bagaikan.. walaupun belum pasti ianya tertunai atau tidak... tapi dalam situasi aku pula.. aku akan pastika hajat aku nie tertunai walaupun mengambil masa yang lambat sikit.. biasa la .. sabarkan separuh daripada iman.. jadi slow-slow la...

hajat aku tak susah pun.. cuma macam orang mengidam jew.. harap-harap aku berusaha sepenuhnya lah untuk dapat..

sebenarnya aku sangat kempunan beberapa perkara nie..
(don't ask me what is "kempunan".. please search by own)

1. JAM
 nak jam mahal... wawawwa~~ tapi tak ada la sampai aku nak jam rolex kan.. giler beribu kau.. sebab aku tahu tue diluar kemampuan aku.. bagi aku cukup la sekadar jam tue boleh tengok waktu, ada tarikh dan water resistant. yang mana sesuai la dengan aku nie yang selalu lupa hari dan kalau aku terjun laut pun jam tak rosak.. tapi kalau design memang confrom macam kat atas.. tali steel.. sebab aku memang perasan tangan aku nie memang tak sesuai dengan jam tali pelik-pelik.. dan kawan-kawan aku pun perasan benda yang sama.. diorang akan rasa pelik bila aku pakai jam plastik.. mungkin sebab aku dah terbiasa dengan tali jam macam nie kot.. dan tangan aku yang gemuk menyebabkan aku lagi sesuai dengan jam steel.. setakat servai sekarang dah jumpa satu.. memang sasaran aku.. RM100++.. jenama casio.. sesuai la aku as a student.. bukan sebab aku nak menunjuk mahal.. tapi aku nak tahan lama.. sebab dah sakit hati sangat dengan jam yang dah ada.. beli RM 40-RM50 pakai tak berapa bulan dah rosak.. jadi sama la dengan kita beli yang mahal pun kan.. betul tak???



2. SAMSUNG GALAXY

samsung phone.. i terpengaruh dengan u tau.. nie semua disebabkan oleh anasir-anasir luar yang merosakkan minda aku untuk terjebak dalam kancah pembaziran.. samsung galaxy.. hehhe~~ =) aku sebenarnya tak suka sangat dengan phone touched screen  sebab bagi aku dia sensitif cepat rosak dan calar.. mana tak nya kalau setiap hari dok menonyoh* (selalu menekan) mau tak lemau kawan tue... tapi semua pandangan tue berubah bila adik aku pakai.. terasa pula "wah comelnya.. nak satu la".. eaww~~ aku dah terjebak..  (nada menyampah).. nak pula bila phone aku pun semakin hari semakin kuat meragamnya.. menjadikan aku memberi amaran keras pada phone aku.. "ko jangan main-main dengan aku phone.. nanti aku beli yang lebih canggih dari kau.. ko menyesal kot.. sebab aku tak guna ko dah... hahhaha~~(gelak jahat).. tapi memang sah la aku takkan guna dia dah.. sebab dah rosak...  habis duit aku... hammp... =(   jadi phone tolong jangan rosak awal-awal.. aku kurang pitis sekarang..



3. CAMERA DIGITAL

nie memang dah lama aku tunggu-tunggu.. tapi nak beli.. buat aku fikir banyak kali... sayang duit la.. nak beli benda nie lagi.. benda tue lagi.. akhirnya jadi angan-angan jew.. tapi sekarang.. rasanya hati nie macam dah tekad sangat nak beli.. beli ada sikit duit yang terkumpulkan.. cuba tak tahu nak beli brand apa jew.. banyak sangat brand dia.. jap D700, D50, D70 dan bla..bla.. bla.. menyebabkan aku confius apa kualiti antara masing-masing tue.. satu apa pun aku tak faham dengan kamera gedabak nie tau.. biasa la.. dah terlalu biasa guna kamera digital kecil tue.. semuanya auto.. beli pun main pakai redah jew.. ikut cakap tokei kedai.. dia promoto nie kita ambil.. lastly kita sendiri merasa.. kualiti gambar macam hempeh.. sakit hati betul.. rasanya dah cukup-cukup belek* (teliti) waktu beli.. ada juga tak puas hati.. al-maklumlah aku nie suka jalan.. jumpa pula tempat yang view cantik-cantik... tapi disebabkan kamera yang digunakan sedikit hampeh.. tempat cantik pun nampak biasa jew.. walaupun dah shoot pada view yang aku rasa sangat cantik.. terasa sangat sakit hati.. jadi nak kamera yang kualiti.. nak gambar tue nampak cantik.. walaupun hakikatnya tempat tue tak ada la lawa mana pun.. kualiti gambar tue penting k... jadi kena tambah lens besar kot.. RM3000++ kot aku dah jumpa.. siap semua.. waalllaaa~~



4. MELANCONG...
 bila dah ada kamera yang cantik... duit terkumpul sikit.. dan passport yang belum tamat tempoh.. jadi jom kita pergi berjalan.. hahhah~~ aku rasa time study la waktu yang cantik untuk berjalan.. terutama waktu cuti semester.. belanja sikit tak apa tapi berbaloi.. banyak ilmu yang kita dapat sebenarnya dari tempat orang.. time tue la kita dapat compare dengan negara kita sendiri.. bertuah atau tak kita sebagai rakyat Malaysia sebagainya.. dan melihat kecantikkan alam..




Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...