:: sampai bila harus aku menunggu::

assalamualikum...
selamat tahun baru aku ucapkan..

hati aku pilu malam nie.. walaupun diluar kita dapat melihat kemeriahan daripada dentuman-dentuman bunga api.. namun hati aku pula pilu tanpa ketahui puncanya.. semuanya serabut dalam fikiran memikirkan diri sendiri yang masih tidak ketahui hujung dan kesudahannya..

ya.. aku mengaku.. aku ada cita-cita yang  perlu aku kejar.. tapi kini aku ibarat hilang punca disebabkan oleh hilangnya keyakinan dalam diri.. faktor persekitaran kuat mempengaruhi aku.. melemahkan aku dan memusnahkan impian aku.. tetiba aku rasa lemah dengan diri aku sendiri.. aku bukan diri aku yang dulu lagi.. aku dah jadi manusia yang mudah terpengaruh.. dan terlalu mengikut..

aku tak tahu macam mana  ingin membawa diri aku lagi.. disebabkan perasaan "takut kehilangan".. aku menjadikan diri aku seorang yang terlalu berharap dan bergantung kepada seseorang.. sehinggakan kekadang keterbergantungan itu menyebabkan kerugian kepada aku sendiri.. kerana bukan semua benda orang akan membantu kita.. kekadang ia juga mampu menjadi gunting dalam lipatan..   disebabkan oleh sikap aku sendiri yang terlalu memandang mudah terhadap sesuatu dan terlalu mengharap.. menyebabkan aku hilang diri aku sebenar.. aku hilang segalanya.. termasuk maktlamat dan fokus aku..

aku cuba mengenang kembali... banyak perkara yang telah aku hilang.. hilang dengan jauh sekali.. matlamat, cita-cita dan fokus.. disebabkan oleh sikap "takut kehilang".. aku hilang segalanya.. hilang apa yang aku cuba kejar dan hilang apa yang aku idamkan.. aku tak pasti.. adakah disebabkan oleh kata-kata dan pengharapan yang besar yang aku lakukan menyebabkan aku kehilangan.. adakah lebih baik pengharap itu aku simpankan sahaja sepenuhnya didalam hati tanpa meluahkan.. menjadi semangat untuk diri sendiri.. dan melihat kejayaannya akan datang.. adakah patut aku begitu??.. mungkin ya kan..

susah.. tetiba aku rasa aku berat bila memikirkan semua ini.. aku hilang keyakinan diri.. hilang apa yang aku impikan.. dan sudah tak pasti dengan apa yang dicari sekarang.. hilang.. aku turut hilang keyakinan dengan apa yang aku ada sekarang pada diri aku dan perkara sekeliling.. Ya ALLAH.. aku mohon padaMU untuk kau ketemukan aku dengan orang yang mampu memberi keyakinan kepada aku.. mampu menyuntik semangat yang tinggi untuk aku meneruskan cita-cita dan impian ini.. dalam kehidupan aku..

aku cuba mencari kembali.. kata-kata hikmah dan motivasi yang mampu memberi semangat kepada diriku dulu.. aku cuba mendalami kembali.. tetapi semuanya ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. satu pun tidak melekat di kotak fikiran aku.. besar kesan daripada kata-kata manusia yang cuba memadamkan impian aku.. inikah yang dikatakan "besi kalau tak dicuci semakin berkarat.. bila dah mula berkarat baru nak cuci.. kesannya teruk kerja menyentalnya.. susah nak hilang karat"... aku rasa aku cuci setiap kali timbul karat.. tapi adakah cucian aku itu sekadar menyapu sahaja.. menjadikan karat masih berbekas dan kian bertambah hari demi hari tanpa aku sedari.. adakah begitu?? susah aku nak menganggarnya.. aku tak memberi perubahan kepada sesiapa..

adakah ini juga disebabkan keterlekaan aku.. lebih mengejarkan keseronokkan hidup menyebabkan aku hilang suatu benda yang dikatakan impian dan matlamat aku akan datang.. kerana aku seorang yang manusia sentiasa berusaha kuat untuk mencapai kejayaan.. bukan dari kalangan manusia istemewa yang mempunyai akal dan fikiran yang kuat... aku lemah disebabkan oleh kelekaan aku sendiri..

jadi sekarang.. aku tak nak menunggu lagi.. aku nak cuba lakukan yang terbaik untuk diri aku.. kembalikan matlamat dan cita-cita aku.. hilangkan perasaan takut.. yakin pada diri sendiri sepenuhnya..  dan berusaha.. bak kata cerita tue " kalau tak dapat mengejar bintang.. gapai awam pun jadi lah kan.." tapi bagi aku lak kalau dah cita-cita biar sampai dapat.. asalkan kita ada usaha.. insyaallah..

.."jangan biarkan dirimu dibuai mimpi lagi.. ayuh sedar dan bangkit dari lena.. segarkan dirimu dengan mandian.. tak da manyau2#"....



Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...