menu ramadan..

assalamualaikum..

selamat berpuasa semua.. hari dah masuk hari keduakita berpuasa.. begitu juga dengan aku yang dah masuk hari kedua berpuasa dengan kawan-kawan FYP aku ditanjung karang.. seperti yang aku cerita sebelum nie.. kami dterpaksa menetap disini untuk menyiapkan collected data kami disini selama 2 bulan iaitu sehingga 1 september.. al maklumlah semua buat dua tahun setengah jew.. aku jew tiga tahun...

kami disini seramai 12 orang sepatutnya iaitu 6 lelaki  6 perempuan.. semuanya melibatkan projek hidupan liar iaitu burung, kelawar dan kera.. tapi aku dan seorang kawan aku jew.. iaitu din buat projek berkaitan serangga... dari 12 sekarang hanya tingga 11 disebabkan seorang terbang ke korea, mewakili universiti bagi pertukaran budaya di sana... sekarang tinggal 11 orang di meja empat segi milik Homestay Wak Amin di Tanjung Karang nie..

dah nama datang sini untuk kumpul data projek.. semestinya masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. disebabkan takut nanti x ada yang memasak dicampur penat pergi site dibulan puasa... maka jadual tugasan dikeluarkan bagi mengelak sebarang permasalahan.. seperti yang tertera dibawah..



dan disebabkan ini jugalah.. sekarang sibuk mencari resepi di internet.. sebab ada group untuk tugas didapur setiap hari.. kalau duduk dirumah sekarang.. mesti sibuk memesan menu untuk berbuka hari nie jew kan... ala emak yang masakkan.. tapi nie kalau dah nak kena masak sendiri.. barulah terkial-kial.. nak minta lebih pun tak boleh sebab baru nak belajar-belajar masak.. tengok resepi nie x boleh.. resepi tue x boleh.. sebab x berani nak cuba.. weh nie untuk makan ramai.. buka puasa pula tue.. kan tak sedap kesian kat semua..

tapi tadi bila buka menu berminat lak dengan masakkan mak yang selalu buat.. terutama bila bulan puasa.. nasi kerabu ulam... kerabu mangga ..asam pedas batang keladi.. dan bubur qhasidah.. wah sedapnya.. dulu tak suka sekarang dah kegemaran..rindu nak buka puasa kat rumah..

tapi diesebabkan aku nie x pandai masak dan baru belajar.. tambahan barang2 tue agak sukar aku nak dapatkan.. terpaksa lupakan.. maybe menu aku nanti sample-sample jew.. kerabu sardin.. sambal telur dan bubur qhasidah.. terima jew la kawan2 yer.. sori tak mampu nak buat yang best2..

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..