EPISOD PEMULAAN HIDUP...
CERITA DISEBALIK DIRI...
tiga tahun diploma...
suatu ketika dahulu...
kalau ditanya berkaitan dengan kehidupan aku kini..
mesti sukar aku ingin menyatakan kenapa dan mengapa aku memilih sesuatu... sedangkan dari setiap pilihan mustahil kalau tiada jawapan bagi setiap persoalan yang di kemukakan.. tapi semua itu agak sukar untuk aku luahkan suatu ketika dahulu.. kerana tiada jawapan rasional bagi persoalan yang sendiri aku kemukakan pada diri aku.. sedangkan aku sendiri memilih untuk hidup di jalan itu.. walaupun sukar dan susah sekali pun..
rasional... apabila diri sendiri cuba memikirkan apa yang dimahukan dalam hidup aku...
inginkan sesuatu yang lain dari orang lain...
inginkan sesuatu yang mencabar...
ingin menguji kelayakkan pada diri..
ingin suatu pengalaman yang berharga..
ingin sesuatu yang boleh dipelajari...
ingin sesuatu kehidupan yang mampu mengajar diri..
poerbagai perkara yang aku inginkan dari pengalaman ini disebabkan itu aku memilih jalan ini.. walaupun hakikatnya agak berliku.. sakit... dan pedih.. tapi banyak yang dapat aku pelajari..
tiga tahun diploma...
mungkin itu satu permulaan bagi aku mengenali dunia baruku...
disaat itu aku belajar cara hidup jauh dari keluarga..
hidup berdikari bersama kawan-kawan.. walaupun hakikatnya aku sukar untuk rapat dengan kawan..
silaturahim juga nikmat allah kepada hambanya.. aku kenal 2 orang yang sangat rapat dengan aku sepanjang aku berjauhan dari keluarga.. alhamdulillah aku dipertemukan dengan mereka jiran-jiran sebelah bilik... yang banyak membantu aku dalam pelajar walaupun kami berlainan course.. saling memberi nasihat, bertukar cerita dan pandangan.. banyak yang aku dapat pelajar dari cerita mereka.. walaupun hakikatnya dari cerita tersebut aku hanya pendengar setia.. coursemate pun tak kurang juga banyak yang membantu.. tapi hujung-hujung pengajian baru aku lebih mesra dengan mereka..
lama tempoh pengenalan aku dengan rakan-rakan sekuliah ( 3 tahun + 2 tahun setengah).. walaupun sudah mesra namun tidak semestinya mengenali kesemuanya... banyak pahit , manis liku-liku getir bersahabat.. yang diselami selama itu.. namun bagi aku niat dan tujuan bersahabat adalah penting bagi mengukuhkan keakraban.. jalinan persahabatan.. maaf andai persahabatan aku sendiri mengundang kekaciran kepada sahabat semua..
dua tahun setengah pengajian di peringkat ijazah..
adalah satu pengalaman yang banyak mengajar aku.. kerana cabaran disini sangat mencabar.. biar pun dari pelajaran.. persahabatan... atau dari pengurusan masa dan sikap aku sendiri.. sangat mencabar... dan memberi kejutan yang kuat pada aku.. macam mana payahnya kehidupan.. macam mana terujinya persahabatan.. tumpuan pelajaran... macam-macam ujian kita itu.. kejian, cacian dan pandangan yang dihina.. hanya air mata ketika itu ibarat rintihan yang cuba merawat duka.. diuji dengan pelbagai keadaan walaupun dimana jua.. tak begitu mudah untuk mencapai kejayaan dengan kesabaran...
disini objektif kehidupan, aku cuba perolehi...
disini objektif kehidupan, aku cuba perolehi...
*******************