jobstreet... cari kerja jom..

assalamualikum semua... dan salam sejahtera.. salam satu malaysia..


sebelum memulakan bicara jom kita search jap kata-kata hikmah hari nie... 
"bukan senang nak jadi senang... dan tak susah pun nak susah"

apa pendapat korang mengenai kata2 tersebut dan tajuk post kali nie.. orang yang ada pengalaman rasanya lebih memahami situasi sebenar... iaitu pengalaman mencari kerja.. sangat susah rupanya.. baru aku tahu...

sebelum nak mula cerita.. korang tahu tak apa laman-laman cari kerja yang best2... selain jobstreet.. job1malaysia.. suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA8) dan mana-mana yang berkaitan.. tahu tak.. tahu tak.. nak cari kerja nie.. al maklumlah.. insan nie belum pernah mencari kerja.. dan tak pernah merasakan pengalaman mencari kerja... so kalau bab-bab nie.. terasa amatlah kerdil diri nie dari sebarang info mencari kerja... memang patutlah.. join finishing school kan.. baru kenal sikit susahnya nak cari kerja tue...

tapi apa-apa pun... sapa yang tengah mencari kerja tue.. diharapkan bersabar ya.. doa, yakin dan banyakkan tawakal kepada Allah.. sebab kekadang.. bukan kita tak cukup berkualiti untuk mendapatkan sesuatu kerja tersebut... tetapi mungkin Allah telah letakkan rezeki kita disuatu tempat yang lebih baik untuk kita... untuk merasakan nikmat-NYA.. so banyak2 bersama.. sambil berdoa.. terus berusaha... ada kerja yang baik menungu kita.. yakin dengan rezeki Allah.. POSITIFKAN DIRI.. CHAIYUKKK!!!



sebenarnya mood aku malam nie adalah mood mencari kerja... ha.. buat resume kau... gayanya dah macam gambar kat atas dah.. muka ketat jew.. mengadap laptop.. serius bebenor mencarinya... of course la kan...
sebabnya  aku kena join finishing school.. yang mana lebih kepada nak bagi pengalaman kepada pelajar macam mana nak menempuh alam pekerjaan nanti.. bagus la.. banyak benefit juga yang dapatkan.. selain enjoy jew dengan semua dalam group tue...



***************************************************

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...