manusia bakhil..

manusia aku katakan tak bersyukur..
kerana apabila diminta.. tak pernah menghulur..
apabila disuruh.. tak pernah membantu..
bangga dengan kesenangan mereka..
sehingga bakhil dengan apa yang ada..
sedikit pun tidak mahu dihulurkan..
sedangkan kesenangan yang diminta..
bakhilkan manusia...

aku tak pasti antara perkara tersebut difikirkan atau tidak..
tapi aku yakin.. bila berada pada batang hidung sendiri baru kita sedar..
betapa susahnya sesuatu perkara.. dan membantu sebenarnya meringankan..
tak perlu maksimum.. minimum sebenarnya sudah mencukupi..
mampu meringankan beban bersama..

contoh yang mudah aku berikan..
seorang bendahari kelas..
meminta setiap pelajar bayar RM1.. untuk membeli kemudahan asas kelas.. seperti pemadam papan hitam, penyapu, tong sampah, penyodok sampah, dan kapur.. dari 25 orang pelajar.. hasil kutipan akan memperolehi RM25 untuk membeli lima barang asas ini untuk kelas..  cuba korang bayangkan apabila 3 daripada pelajar dari kelas tersebut.. tidak mahu membuat pembayaran bukan atas dasar kemiskinan tetapi memikirkan kemahuan sendiri yang perlu diutamakan melebihi nilai RM1 tersebut..

tak terfikirkah mereka..
tindakkan mereka sebenarnya menyukarkan bendahari tersebut..
yang cuba membantu untuk kesenangan bersama.. sedangkan baju yang ingin dibeli hanyalah untuk diri sendiri.. bukan orang lain dapat merasai.. malahan lebih mahal nilainya dari RM1.. ATAU..
sanggup untuk mencuci kelas dengan tangan dan mendengar penerangan guru kelas tanpa menulis di blackboard... sedangkan pembelajaran dengan menulis adalah lebih difahami..
manusia itu sangat pentingkan diri sendiri..

apa akan jadi agaknya..
kalau pelajar tersebut.. yang terlalu 'sayang' akan nilai RM1tadi disuruh membeli salah satu barang daripada lima tersebut.. mengunakan wangnya sendiri.. kerana telah menyukarkan kerja bendahari tadi..
mesti akan diungkit-ungkit perkara tersebut..
tidak adil baginya..
bukan dari tugasannya dan sebagainya..
baru tahu betapa beratnya.. hidup tanpa kerjasama..
hidup tanpa bebanan ditanggung bersama..


Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..