Perasaan itu gila....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perasaan itu.. 
perasaan yang aku tak suka sejak dulu lagi.. 
kalau aku dapat aku selalu campak kembali...
atau aku biarkan dia melayang pergi..
hilang diufuk bumi..
tanpa hinggap di hati bersihku..

Perasaan itu...
mungkin suatu hari akan bikin hati bersihku sakit..
sakit yang tidak mungkin dapat diubati..
merana pedih... sedih..
tuhan.. tolong kuatkan hati ini dengan dugaan yang kau beri..

Perasaan itu.. 
aku mohon biar dia pergi..
aku tidak mahu hati aku dicemari.. 
dengan pendustaan yang dibina sendiri..
biar mahligai bahagia yang mengisinya suatu hari nanti..
yang mana aku pasti.. dia adalah milik abadi...

Bagaimana harus aku jauhi perasaan ini..
setiap masa mesti menjengah kemari..
walaupun hati ini benar-benar tidak mengingini..
aku benci semua ini.. aku benci..
please tuhan beri aku kekuatan..
tahan cubaan dan dugaan ini...
ataupun patut aku jauhi..
mungkin terbaik untuk melawan cabaran ini..

Aku mohon pertunjukmu tuhan... jika ini dugaan ini atas egoku.. aku tidak mampu menanggungnya.. ampunilah aku ya allah..

Tapi andai dugaan ini pertunjukmu.. kau permudahkan lah jalan kami ya allah.. tunjukkanlah jalan yang halal bagi kami ya allah.. untuk mempermudahkan urusanmu.. yang telah kau tetapkan sejak azali lagi.. 
Amin.. Amin ya rabbil alamin...



Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..