hidup aku dan master (lepidopterist)..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Fuhss... lama giler rasanya tak mengupdate blog.. hajat dihati kekadang rasa nak deactivate jew blog nie.. tapi bila terfikir-fikir balik.. dah lama menulis.. dari zaman diploma lagi.. so biarkan jew la dia terus menjadi kenangan aku.. mana la nak tau kan esok2 nak cari kenangan lama.. cerita lama.. hilang ingat kew apa.. dah tak ada story sendiri dah kan..  dah hampir tujuh tahun juga aku dengan blog nie.. wow..

latest story.. apa yea??.. banyak sangat sehingga tak tercerita.. dari segi perasaan.. geram, bangga, terharu, excited dan sebagainya.. sebabnya?? atas sebab macam-macam..

urmm.. firstly.. awal2 isu.. before aku pergi study site.. tyme semester break.. hidup aku bergelandagan.. bila kolej bagi alasan nak buat renovation.. semua postgraduate student kena keluar kolej.. tak boleh stay on semester break.. still ok lagi la.. sebab aku nak kena pergi study site tyme tue.. pastue boleh pula dia cakap.. better cari  rumah di luar sebab nak ambil student baru hingga third intake.. sampai bulan 10 nanti.. what the hell.. mana aku nak duduk lepas balik site nanti.. so geram di disitu.. namun alhamdulillah.. after raya.. aku balik kolej terus menyewa di kolej sewasta (serumpun).. then baru pergi site balik.. dengan perasaan takut tak ada bilik tyme tue.. niat aku memang tak nak duduk luar.. susah.. banyak kerenah nanti... dan selepas balik site sekali lagi bersyukur sebab tiba-tiba kawan aku inform kata memang kolej tue dah tak nak ambil postgraduate after this sebab nak bagi bilik kat student baru.. fuhss selamat aku.. nasib baik gatal-gatal balik kolej awal selepas raya hari tue.. walaupun bergelandangan...

 baru dan lama.. no more bilik besar..almari yang besar.. meja yang besar.. dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.. and now this my room.. sumber inspirasi baru aku... walaupun kena jalan jauh.. sabar jew la senaman sikit kan..
 
second.. of course la sebab dah habis collect data untuk master.. YEA!!!!!... bukan tak best  collect data.. enjoy sangat.. dapat pula team yang banyak membantu and enjoy.. so kerja pun jadi mudah.. walaupun ada sedikit gaduh2 dan sebagainya.. biasalah lumrah alam.. tapi bila dapat dah habis dan dapat pergi ke next step.. tue lebih membanggakan sebab semakin dekat dan hampir to grab the master level kan... 

and the last one.. tak pasti nak cakap apa... macam tuhan cuba nak buka mata aku untuk melihat nikmakNya bahawa setiap usaha dan sabar tue.. ada nikmatnya.. so kita kena terus berusaha.. berusaha lebih sikit untuk dapatkannya.. dan nie pun boleh dianggap sebagai peluang untuk aku lebih yakin dengan apa yang aku buat sekarang.. dan masa depan aku.. supaya jangan mudah give up dengan apa yang telah aku usahakan selama ini.. subahanallah.. terima kasih ya allah.. tunjukkan aku jalan supaya aku terus berusaha dengan kerjaya yang aku kira tak pasti sebelum nie.. dan sekarang aku rasa.. 


aku akan lebih untuk berusaha untuk mencapai impian aku sebelumnya jadi lepidopterist..


Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...