Bermulanya disini..


22hb 2, 2016.. bermulalah detik-detik perjalanan hidupku sebagai penganggur  tak bertauliah.. this is first time, yang aku rasa peralihan waktu.. peralihan hidup aku yang aku rasa paling aku tak ada cita-cita dalam hidup.. well this is what people always call LOSER, right??..  yes.. i think it, and I am in that boundary... hidup yang tak punya cita-cita.. dan tak tahu mana nak tuju..

kalau dikira dari tarikh itu, hari ini adalah hari yang ke tujuh belas yang hidup aku macam manusia yang tiada goals, tiada aimsan tiada halatuju untuk pergi.. terasa juga macam hidup dalam sebahagian angan-angan mat jening.. yang mana menanti peluang pekerjaan dalam bidang sendiri ibarat tak berkesudahan.. bukan give up.. tapi ntah.. tetiba rasa diri nie loser sangat-sangat kali nie.. mostly apabila kawan-kawan terdekat dah dapat kerja.. kita disini.. sorang-sorang masih ternanti-nanti.. dan keluarga pula sibuk tanya apa kesudahan hidup aku selepas ini.. well ini boleh dipanggil sebagai.. rimas, menjengkelkan tak mau balik rumah.. nak silent phone.. taknak berhubungan dengan sapa-sapa... dan hiduplah menyendiri sendiri... tapi nie semua takkan berkesudahan.. dan bukan kesudahan yang baik..

okey.. kita lihat balik pada sejarah hidup aku.. jujur aku katakan.. sejak kecil.. aku manusia yang aim dan cita-cita sendiri dalam hidup.. walaupun aku bukanlah seorang budak yang bijak pandai.. dan skore dalam kelas.. tapi dengan cita-cita yang aku ada.. aku bawa diri aku hari demi hari ke peringkat yang tinggi tanpa mengalah.. sebab  aku sedar.. setiap kali kau usaha.. kau akan nampak hasilnya.. dan aku anggap pembelajaran seperti permainan game.. kalau harinie kau tak berjaya pada level nie.. esok kau cuba lagi dengan ubah strategi kau yang lebih baik supaya kau lebih cemerlang pada sebelumnya.. selalunya aku mampu.. aku berjaya dengan usaha itu.. tetapi dengan sedikit bangga.. aku mampu jatuh balik pada asalnya.. itu diri aku.. kelemahan dan kelebihan aku.. aku adalah pendorong diri aku sendiri.. apa yang aku inginkan.. mak ayah pula merupakan pemangkin atau perasa tambahan menjadikan aku naik dengan lebih cepat.. 

dari tadika.. aku dah ada aim ke sekolah mana untuk darjah 1 dan selepas darjah 6.. well biasalah kawan aku pandai-pandai diorang isi sekolah asrama penuh semua.. tapi aku punya kesedaran diri.. cukuplah aku ke sekolah kebangsaan biasa.. sama juga pada tingkatan 3.. sekali lagi diuji dengan rakan pandai-pandai sekolah aku berubah status ke sekolah kluster.. kau kebanyakkan pindah ke sekolah asrama penuh dan mrsm aku cukup aim aku masuk kelas sains di sekolah sedia ada yang aku belajar cukup.. dan aku isi juga borang sekolah teknik.. sebab aku tak yakin dengan keputusan peperiksaan aku.. tapi alhamdulillah result berpihak pada aku dan aku berjaya  memenuhi cita-cita aku untuk masuk kelas sains.. dan keputusan aku sebelumnya ke sekolah teknik aku tarik balik... delima kembali melanda.. lepas tingkatan 5.. aim aku selalunya tak adalah tinggi melangit.. aku sedar kemampuan diri.. kawan-kawan isi matrikulasi.. guru-guru war-warkan tentang borang tersebut.. aku buat bodoh jew tak pernah ambil port sebab aku pernah ada pengalaman sepupu gagal matrix.. so aku ambil keputusan untuk isi Diploma, kolej komuniti, politeknik dan kolej jururawat.. last keputusan aku rasa tingkatan 6 adalah pilihan terbaik.. yang mampu membawa aku ke cita-cita aku.. dan aku masuk tingkatan 6 selama tiga bulan.. rayuan aku diperingkat diploma diterima dengan tiba-tiba.. rezeki atau kebetulan tapi itulah kehidupan aku kini.. pada awalnya aku cuba tolak.. disebabkan kedudukannya yang jauh.. akhirnya disitu rezeki aku.. dan kini.. disini aku menatap dan cuba mencipta kerjaya.. UPM.. dan course perhutanan... disini aku kini... selepas habis diploma terus degree dan master..

itu cerita dulu.. tapi cerita hari ini.. apa hala tuju aku seterusnya.. 

memang.. memang aku tengah tunggu waktu untuk viva.. memuntahkan segala hasil kajian aku.. dan cita-cita aku seterusnya phd... tapi.. tapi sebelum tiba waktunya itu.. apa yang aku ingin lakukan dalam masa yang ada ini???

konfius.. asakan manusia nie sebenarnya bahaya jugakan.. kejap-kejap soalan bila nak habis study.. kejap-kejap soalan bila nak kawen.. kejap-kejap soalan bila nak kerja.. nasib baiklah aku tak diasak dengan soalan.. bila kau nak mati.. nampak sangat hidup aku dimuka bumi nie menganggu pandangan mereka-mereka walaupun tiada didepan mata mereka.. oh.. manusia..

sekarang.. bulan mac atau bulan yang ketiga..  viva entah bila.. dan konvonya pasti bulan 10.. yakin dan pasti.. phd.. aku nantikan biasiswa.. tapi biasiswa kali nie terlalu sedikit.. membuatkan aku terkira-kira untuk sambung atau kerja..sebab aku nampak peritnya perjalanan hidup itu.. tapi aku pasti.. aku akan meneruskan cita-cita itu.. usahanya sikit saja lagi.. insyaallah.. moga dipermudahkan ya allah... aamiinnn..

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..