Help and return back...


Kita memberi dia membalas.. dulu aku kira ini sikap yang bagus diamalkan.. kerana bersifat menghargai.. saat kau beri orang balas balik apa jasa yang telah kau lakukan.. tapi sekarang aku terfikir.. membalas semula bukanlah suatu sikap yang mampu menyempurnakan dan memuaskan hati manusia kalau benar-benar ingin kau membalas semula.. sebabnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada.. tak pernah cukup.. walaupun segunung emas kau beri daripada setinggi bukit yang pernah kau dapat dulu.. manusia tetap akan tamak dan tidak menghargai sekiranya dalam hatinya menyatakan jasa dan pengorbanannya lebih daripada apa yang kau berikan padanya sekarang.. susahkan..

tapi kalau dalam hati kau.. simpan sikap iklas memberi.. walaupun sedikit.. walaupun tuba yang dibalas.. kau tetap redha dan tetap  rasa cukup dengan pemberian tersebut.. pengorbanan yang kau beri sebenarnya yang x pernah minta dibalas.. akan membuatkan rasa lebih tenang.. lebih rasa bersyukur dan lebih rasa dihargai walaupun manusia tidak menghargai pengorbanan yang telah kau berikan padanya..

Ya aku tahu... kita manusia yang ada khilaf.. sedikit sebanyak mesti terdetik juga di hati kecil untuk manusia lain menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang telah kita berikan kepada orang lain.. tapi kekadang tanpa kita sedar.. pengorbanan dan pengharapan dan dipenuhi dengang keikhlasanlah yang lebih-lebih dihargai oleh manusia lain tanpa kita sedar.. dan dengan keikhlas tue jugalah.. sebenarnya melahirkan jiwa yang lebih tenang, gembira, tanpa ada penyakit hati dalam diri kita..

yup sekarang aku faham.. bukan return back yang yang aku perlukan dalam kehidapan.. tapi KEIKHLASAN  dari setiap pemberian yang kita bagi.. terima kasih tuhan kerana menyedarkan aku.. betul apa yang diperkatakan orang.. kekadang kehadiran sesorang dalam kehidupan kita sebenarnya memberi pengajaran kepada kita secara langsung dan tak langsung... mungkin sebelum nie aku rasakan diriku cukup sempurna dan terbaik.. tapi dengan kehadiran seseorang.. menyedarkan aku.. yea.. banyak.. masih banyak yang perlu aku baiki dalam kehidupan aku.. tanpa aku sedar.. mencari kesalahan dalam dirinya.. sebenarnya ibarat mencari kesalahan dalam diri aku.. kerana kebanyakan apa yang ingin dia cari adalah serupa seperti apa yang aku ingin.. ibarat refleksi diri.. disitu aku cuba mencari kesempurnaan diri.. walaupun aku tahu hakikatnya.. manusia tidak pernah sempurna.. tapi mencuba itu pasti...

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..