Three Month Tanam Anggur...
Dear dairi..
(sesiapa sahaja yang membaca aku anggap macam dia sebahagian daripada dairi aku.. wakaka.. okey tahu xlucu..)
Tak tahu macam mana nak cerita.. tetapi yang pasti inilah kehidupan yang telah aku alami setakat nie.. selepas jew aku hantar thesis master aku.. aku isytharkan diri aku sendiri sebagai penganggur terhormat.. sebab boleh diketogerikan sebagai hidup yang belum pasti hala tuju.. dan agar tergantung.. terkontang kanting pun ada juga..
tiga bulan dah berlalu.. sebulan aku duduk di UPM dengan isi jawatan kosong dari mana-mana web dan hantar resume sana sini.. uruskan benda yang patut untuk kehidupan akan datang termasuk yuran kolej dan borang-borang berkaitan sebelum aku pulang ke kampung.. dah settle balik kampung.. sebulan di rumah.. minggu first okey la belajar memasak konon.. so try la apa resepi yang patut guna kos sendiri..masuk yang seterusnya..dah tak boleh jadi.. aku buat aku.. aku kena habiskan.. pokai gak simpanan aku gini.. so stop.. memandangkan berat pun boleh bertambah macam tue.. so kehidupan seterusnya hanya jadi bibik dirumah.. bangun.. tengok makanan apa yang patut kemas rumah, tonton tv.. siram pokok bunga.. sapu2 diluar.. berkebun apa yang patut.. malam gaduh dengan budak kecik tue.. kemas rumah again.. cuci calat dapur.. mengadap laptop dan tidur.. itu jew rutin kematu aku dirumah.. yang kekadang boring gak.. tapi better sikit la daripada duduk di UPM.. sebab takde geng nak sembang.. nak bertekak.. nak gaduh.. so balik rumah gaduh dengan budak kecik tue kira ok gak la kan.. ada geng.. then sekarang kembali semula di UPM.. buat part time kerja.. tapi duit sekadar mampu settlekan yuran bilik jew.. agak-agak ada untung tak bagi aku??? 4 hari kerja.. settle yuran bilik untuk 3 bulan.. tapi hari-hari lain hidup tanpa hala tuju..
complete 3 bulan aku menganggur.. dan sekarang masih melepak di UPM.. tunggu tarikh viva konon.. dan sekarang aku rasa memang patut balik kampung semula.. kalau x duit simpanan aku kering macam tue jew...
******
hati nie sebenarnya nak mengadu macam-macam.. terutama bila ada kampung.. yup hati nie memang senang bila ada dikampung.. sebab kita tau condition mak ayah kita tak berapa sihat.. so bila kita ada dikampung.. kita dapat lihat diorang.. diorang ada di depan mata kita.. sakit demam diorang kita dapat tolong.. so benda tue rasa macam okey sikit.. tak serba salah dan sebagainya.. tapi bila datang cerita saudara mara besar.. aku jadi malas nak balik kampung... aku malas nak dengar dan aku sakit otak dengan semua tue..latar belakang aku : Student master.. anak ketiga daripada lima adik beradik..umur 27 tahun still bujang..
kedudukan aku dalam keluarga besar : ayah aku anak kedua tapi disebabkan maklong aku meninggal awal kedudukan ayah aku jadi anak sulung daripada lapan beradik.. tertua dalam family.. mak aku pulak.. anak kelima daripada sembilan adik beradik.. so dia yang tengah-tengah.. and the first anak perempuan daripada tiga adik beradik perempuan.. so kalau tengok daripada kedudukan mak dan ayah aku dalam family diorang.. umur aku dalam adik beradik besar atau sepupu sepapat.. kira dalam yang tertua jugak la... dan yang paling best.. rumah memang tak jauh.. paling jauh pun dalam 45 minit atau sejam dah boleh sampai.. so cerita tentang sorang-sorang keluarga memasing boleh tau sangat la..
disebabkan oleh latar belakang dan kedudukan aku macam dia atas.. kekadang aku dijadikan sumber perbandingan..
aku introvert people.. orang yang tak suka masuk campur sangat dalam family.. dan hanya akan talk active dengan sesetengah sepupu jew yang masuk kepala dengan aku dari kecil lagi.. yup aku pemerhati.. dan aku tak suka dengan sikap membanding-banding anak masing-masing.. sejak kecil lagi aku perasaan.. dan mak aku sangat suka ambil port tentang nie.. membuatkan kekadang aku rimas.. yup aku faham peranan mak aku sebagai anak tengah.. dan anak first perempuan.. kebanyakkan abang-abang dia akan datang cari dia mengadu tentang masalah keluarga memasing.. tetapi aku paling tak tahan bab.. diorang nak membanggakan anak-anak diorang nak membanding bezakan dengan aku.. rimas.. tue yang kekadang aku duduk di dapur atau bilik senyap jew.. malas nak masuk campur.. dan kekadang aku lagi selesa kalau tak ada di rumah time tue..
sekarang benda yang paling ketara adalah bab isu kahwin.. mostly sepupu-sepupu aku yang sebaya atau 5-6 tahun muda daripada aku.. semuanya dah bertunang dan berkahwin.. dan kebanyakkan diorang lepas abis diploma terus ada calon.. dan terus dipinang atau meminang.. then aku dijadikan isu besar.. belum ada calon kew?? tak cuba cari?? tak nak kahwin kew?? nak terus membujang..???.
hello tak da manusia yang nak hidup membujang selamanya.. aku xtahu nak cakap apa kalau isu nie keluar.. aku tahu aku takut dengan masa depan aku.. tapi tak adalah sampai aku tak nak kahwin kan.. kalau jodoh tue sampai.. sampai lah.. dan aku harap dia orang yang mampu pimpin aku dan bertanggungjawab.. tahu peranan dia sebagai suami dan bapa dalam keluarga..
cari..??
aku rasa aku bukan lelaki untuk mencari.. sebab perempuan adalah dipinang bukan meminang..
usaha..??
sapa cakap aku tak usaha.. aku selalu berdoa.. supaya tuhan temukan aku dengan jodoh seperti yang aku inginkan.. cuma aku tak minta dipercepatkan.. aku cuma mohon supaya ditemukan pada waktu yang sesuai.. yang aku rasa aku ready untuk menjadi seorang isteri mampu pikul tanggungjawab tersebut.. seorang isteri dan ibu..
kekadang terkilan juga aku bila diorang persoalkan aku bab jodoh.. sebab aku tak pasti tentang jodoh aku.. sebab aku bukan seorang yang mudah berbual, berkenalan dengan orang.. aku hanya akan berkawan dengan orang yang aku rasa selesa.. dan bila aku selesa memang susah aku nak tinggalkan walaupun selalu bergaduh sekalipun.. akhirnya mesti akan berbaik juga.. tapi kalau nama jodoh tue.. walaupun tak kenal.. jauh berbatu-batu.. kalau dah jodoh mesti bertemu dan bersatukan..
tapi apa pun aku lebih serabut tentang kerjaya aku akan datang sebenarnya.. apa yang aku nak kerja nie????.....