Dah selamat viva untuk master study..


Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...
Akhirnya.. tanggal 22 ogos.. aku dah hampir sampai ke pintu keluar mastar study.. (tapi masih belum habis lagi.. sebab ada correction kena betulkan..) kalau daripada pengiraan  semester.. kiranya aku dah berjaya siapkan master aku dalam masa 3 tahun.. ataupun 2 tahun setengah.. dengan satu semester hanya tunggu untuk panggilan viva.. lambat gila ok aku and the geng dipanggil untuk viva.. kitorang tunggu hampir 6 bulan.. bayangkan 22 februari aku hantar thesis dan 22 ogos aku dipanggil untuk viva.. tapi walupun 6 bulan debaranya macam apa lagi ntah.. bayangkan dua hari before viva.. aku dah tak lalu nak makan apa pun.. dan tidur pun aku dah tak boleh.. yang sebelumnya lagi la.. nak demam la.. nak termuntah lah semua ada...penangan viva ok..

setakat hari nie.. aku dengan dua orang lagi kawan dah selamat lulus dalam viva voce kami.. dan ketiga-tiga waktu pebentangan tue aku ada masuk dalam bilik viva.. mean aku duduk dalam la waktu kawan aku present.. walaupun kalau ikutkan viva, orang luar tak dibenarkan masuk sebenarnya.. hanya yang terlibat sahaja.. tapi kedua-dua chairman kawan-kawan aku nie baik hati.. so diorang benarkan aku untuk tengok kawan aku present.. tapi time aku.. chairman garang.. kawan aku tak dapat tengok aku present.. hehehe.. dan aku sangat kecut perut.. internal examiner aku  pun sangat teliti.. mak takut weh.. memang mulut terkumat kamit jew time tue supaya tuhan permudahkan urusan aku.. doa pelembut hati tue.. memang asyik duk fuhs.. fuh.. la kat exeminer dengan pengerusi.. supaya tak tanya soalan-soalan killer..

ini berdasarkan pengalaman masuk viva kawan-kawan aku.. dan aku sendiri..
1. Pemeriksa dah tak tengok sangat apa yang kita present kan.. sebab dia dah baca thesis sebelum nie.. yang dia tengok adalah kita faham tak dengan kajian kita..
2. Apa tujuan kajian kita dilakukan.. apa sumbang kajian kita nie pada masyarakat atau persekitaran..  adakah mencapai matlamat tersebut..
3. Kenapa kita pilih kajian tersebut.. daripada mana kita refer kajian tersebut..
4. kenapa kita pilih analisis yang terlibat.. faham satu-satu yea setiap analisis yang kita lakukan.. kalau tak nak kena tembak time viva nanti.. kau tranform kew tak tranform kew analisis tue ambil tahu.. setiap detail yang keluar dari analisis.. ambil tahu fungsi dia.. jangan kau ingat nak ambil kat data kau tue jew.. sekali tanya yang lain.. tergangga weh..
5. Method.. apa yang kau buat apa yang kau pilih.. kau kena betul-betul detail dalam thesis.. sebab tue akan dijadikan rujukan akan datang.. kalau tak memang kau akan kena tanya lagi time viva.. camtue juga analisis..
6, Result n discussion.. ok kot tak ada masalah kalau kau terang betul-betul dan terperinci..
5. references.. up to date.. paling penting.. paper2 ahli-ahli keluarga kawan mestu ada kau ulas sekali.. faham tak maksud kiasan aku.. mean.. journal-journal supervisor kau.. kawan-kawan kau.. senior kau.. jangan lupa masuk sebagai references.. tue ahli keluarga kau yang kau buat rujukan mula-mula sekali..

bagi tak ada masalah kalau kita faham kajian kita.. bila objektif dan problem statement kita selari.. dan conclusion mencapai matlamat kajian kira ok la.. kajian lancar.. nie aku rasa tiang penting dalam kajian untuk menjadi penanda aras.. kajian kita lulus kew tidak.. reason kena kuat weh.. kalau tak goyah..

aku dengan kawan aku pernah kena tembak pada method.. dipersoalkan tentang tak releventnya kajian serangga kat kelapa sawit.,. dikatanya aku memang tak ada pokok berbunga.. terang-terang akan tunjuk data kamu tak significant.. kenapa kamu nak lagi buat kajian disitu.. dah boleh nampak secara mata kasar time nie.. objektif main peranan dengan contribution.. goyah weh.. kecut perut.. nasib baik lulus..

kawan aku pula.. kajian dia sampai order.. dipersoalkan pula.. kenapa kajian kamu sampai order jew.. sedangkan dalam satu order mybe hanya satu spesies jew yang menyumbang dalam kajian kamu.. so tak relevent untuk kamu kata order tue bagi sumbangan kat richness di kelapa sawit.. kenapa tak ambil sampai family.. bila method kena soal.. memang discussion kena tambah kena bagi mantop la alamatnya.. sebab kajian kitorg lawan hukum alam katanya.. so.. sekarang perah otak lagi betulkan discussion...

so good luck bagi sapa yang tengah buat kajian.. prepare mental and fizikal yea...




Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..