kawan vs ???
28 tahun tipu kalau kau tak fikirkan mengenai teman hidup dan create imaginasi untuk hidup dengan seseorang. Hati aku tak seteguh mariam.. membina satu matlamat untuk berdiri tenguh pada pencipta-NYA. Dan aku bukanlah khadijah seorang usahawan wanita yang mempunyai segalanya dan mampu meminang yang terbaik untuk dirinya.. Aku hanyalah secebis dari nafsu zulaikha yang mengidamkan yusuf untuk dimiliki disebalik kekacakan beliau.. tapi semuanya hanyalah angan-angan kosong yang tidak pasti kesudahannya.. sebabnya aku bukan seberani khadijah ataupun zulaikha untuk bertindak sedemikian.. aku hanya makhluk biasa, yang sedari siapa diri aku sebenar..
Kecewa. itu jalan aku sekarang. dan harapnya tidak berpanjangan. menyukai makhluk yang bernama kawan sendiri sebenarnya bukan benda mudah. perkara yang pernah aku tolak dulu kala. tapi itu yang datang. manusia yang pernah dilabel tidak berperasaan kini rebah atas nama cinta yang sendiri bina, tanpa ada balas dari pihak kedua. sakit. itu perkara biasa, bila kau tahu cinta kau bukanlah siapa-siapa.
Jangan dipaksa ayam untuk bertelur kalau kau pasti dia tidak mampu menjaganya. Apa susah kau ambil jew telur tue makan. Falsafah apa lagi untuk senang dibicara. Berkawan atas dari iklas dan terpaksa tue ada bezanya. Kawan yang iklas akan kekal selamanya. Tapi kawan yang terpaksa dan bersebab, habis sebab akan hilanglah kawannya. Simpan dalam kepala. Sedar tak sedar dia juga yang membuka pekung didada kau. Tragis nama persahabatan itu.
satu silap aku. aku terlalu letak sepenuh pengharapan dan kepercayaan. tapi sekarang ibarat pelamin anganku musnah. aku tak pernah beri harapan pada dia,tapi pada diri aku sendiri. itu salah aku. klimik akhir dari cerita lara aku, aku dapati dia sudah jatuh hati pada seseorang yang berganda lebih baik dari aku. Kelu. Sebak. itu perasaan yang bertandang bila dia mengiakan wujudnya cinta pertama dalam dirinya. lagi kaget pada aku, dia memulakan langkah untuk menikahi wanita tersebut. Subahanallah, yang dinamakan cinta itu bukan lagi untuk berlengah, jujur. Aku. Tahan perasaan pendam sendiri. "Ya Tuhanku, adakah ini caranya dikau mahu tunjukkan aku pada calon yang lebih baik.. adakah kewujudaan dia dalam hidup aku hanyalah sebagai ujian semata-mata. Jika itu benar, kau kuatkalah hati aku. kau tabahkanlah. beri aku kekuatan untuk melalui jalan ini. dan berikanlah yang terbaik buat aku dan gantikanlah aku yang lebih baik dari dia...AAMIINN..."
Saat ini dia letak aku sebagai kawan, walaupun dia pernah nyatakan aku bukan kawan bagi dia. Aku cuba humban semua perasaan yang ada sebelum ini, untuk ingat itu hanyalah kawan. mohon aku kuat. jujurnya aku mahu tanya pada kalian wajarkah aku abaikan segalanya.