AZAM 2018

Hai.. malam tahun baru..

Tadi bila tengok my timeline blog nie.. maksudnya tahun nie paling sikit post cerita... 12 post jew.. tahun 2016 ada 18 post.. so kalau cerita ini berjaya di post sebelum pukul 12 malam means tahun nie punya 13 post la.. okey boleh la kan.. daripada x ada langsung... (sebab wujud satu blog tentang kekecewaan hati.. itu sebab blog nie kurang entry.. okey abaikan la tentang tue dah malas nak ingat.. sekarang aku nak fokus pada blog nie je..)

 Lagi 70 minit... nak masuk 2018 dah.. sebab sebelumnya.. iaitu tahun 2017 aku banyak sangat benda yang bagi aku tak puas hati.. atau dalam erti kata lain tahun 2017 adalah tahun yang mana aku masih terkontang kanting lagi mencari arah tuju kehidupan.. aku tak nampak apa aim aku untuk kedepan.. dan aku rasa hidup aku 2017 lebih kepada redha jew la... follow the rule... tak ada matlamat dan tak ada ketetapan.. so lebih kepada pengharapan  bagai tunggu bulan jatuh keriba.. 

So ,2018 aku harap aku more energy then before.. tak mahu jadi bagai tunggu bulan jatuh ke riba.. dan kalau boleh tahun nie aku nak cipta pesawat aku sendiri untuk aku betul-betul sampai ke bulan...

Impian aku sebelum-belumnya... nak pergi umrah dengan parent dah tercapai.. nak nak belajar sampai master dah tercapai.. nak jalan-jalan di kota kinabalu dah tercapai..

Next aims..  untuk tahun 2018, jangka pendek; of couse aku nak 
1. aku dapat berjimat cermat duit gaji yang aku kerja sekarang (tuisyen n insurans).. dan dapat kumpul duit banyak-banyak supaya mudah aku nak sambung study dan nak buat apa yang aku nak..
complish- dah sambung phd dah sekarang di UMS
2. student semakin meningkat, dalam masa yang sama sistem pengajaran aku pun dapat difahami sepenuhnya oleh student aku dan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang aku bagi pada mereka sebaik mungkin..
dah berhenti tuisyen - harap semua student aku berjaya hendaknya Aamin..
3. tingkatkan penguasaan bahasa inggelish dan penulisan.. moga boleh publish paper di high impact lagi..
masih dalam usaha.. dah la banyak kawan mat salleh, dari Amerika lak tu.. nak kena pergi Czech Republik lagi..
4. aku harap sangat tahun 2018 aku dapat scholarship yang mahal-mahal yang dapat support aku study sepenuhnya dan dapat sara aku sepenuhnya sepanjang phd aku...
Alhamdulillah dapat.. under grant di bawah SEARRP
3. diberi keberkatan sepanjang perjalanan phd dan dipermudahkan semua urusan sehingga bergraduat dan dapat habiskan study dalam masa 3 tahun sahaja (GOT)..
InsyaAllah masih diusahakan..

Aims kebendaan..
1. lepas habis graduat aku mesti dapat kerja dah ( so waktu study phd please dah start semak-semak peluang kemasukan pensyarah or researcher yang mana berkaitan)... - masih dalam pencarian..
2. nak ada kerete sendiri.. tanah sendiri.. - kereta dah.. bayar hutang kat mak.. tanah ntah bila..
3. 30 y/o mesti dah ada pasangan hidup dan dah ready untuk mendirikan mahligai impian duniawi ukhrawi... ( kawen umur 30 hokey.. insyaallah)..  -doakan lebih lagi.. supaya jumpa jodoh dengan lelaki baik, bijak , bertanggungjawab, hensem, penyayang ndan beriman..
4. pergi jalan-jalan luar negara dengan family.. bandung please.., trip jalan-jalan dengan kawan jepun, australia, poland,switzeland...  - setakat ni jalan-jalan dengan kawan-kawan je dalam negara..

Benda yang paling penting sekali nak tingkatkan dalam hidup..
- semuanya masih dalam usaha malas masih menghantui diri.. kena bunuh malas...
1. sentiasa dekatkan diri dengan Allah.. perbaiki amalan wajib, tingkatkan amalan sunat dan jauhi larangannya.. jaga aurat dan benda-benda yang tak elok jauhkan..
2. tingkatkan kemahiran dalam diri masa dan kemahiran lain.. penguasaan bahasa juga (english n arab kalau boleh)
3. nak hafal surah... nak faham makna.. nak orang ajar ngaji lagi..
4. nak buang sifat-sifat negetif dalam diri.. nak hidup yang sentiasa positif.. insyallah..

dah cukup-cukup dulu.. rasa macam sama jew dengan tahun-tahun lain.. tapi harapnya dapat improve dan lakukan yang ternaik tahun nie.. chaiyuk.. aja-aja fight!!.. insyaallah...

Done before 00:00:01.. ahak (*_ <)//
Feedback from 31 December 2019,  try to accomplish in 2020... insyaallah..







Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

::course perhutanan.. jom kenal::