Mimpi Crush..

Aku rasa, sejak-sejak masuk tahun baru aku dah tak terfikir langsung lagi dah tentang dia (crush aku). Apa lagi nak rasa geram, marah dah sebagainya. Redha dengan jodoh dan takdir, serta percaya bahawa ada kebaikan di dalam apa yang berlaku adalah lebih baik daripada membiarkan hati disakiti dengan hasad-hasad hati sendiri. Betul, bila kita berjaya buang penyakit hati kita sendiri, keselesaan dan gembira datang dalam diri kita. Jadi tak perlulah nak sesakkan hati dengan benda yang tak perlu. Sebab sekarang aku rasa lebih selesa dan bebas dari semua perasaan sebelumnya, yang aku ratap, sedih dan sebagainya sebelum nie.

Semalam aku tak pasti kenapa boleh mimpi dia.. aku rasa lepas dapat kata putus yang dia nak bertunang dengan orang lain, aku pernah mimpi berjumpa dengan dia sekali. Time tue aku tanya dia tentang pertunangan dia. Tapi dia tak bagi respon sangat time tue (dalam mimpi) dan mengelak dengan aku pun banyak ada. So aku abaikan je la sebab benda tu, tak ada kepentingan dengan aku sangat pun kan.. 

Mimpi tu sebenarnya dah lama dah, time awal-awal dia bagi tahu aku dia bertunang dulu. Sebenarnya, before dia bertunang, aku pernah bagi tahu perasaan aku pada dia sebab aku taknak menyesal di kemudian hari dengan perasaan aku sendiri. Tapi lepas aku bagi tahu, dia cakap dia lebih selesa dengan perempuan tu sebagai pasangan hidup. And kami still declare as a friends yang kononnya janji kalau jumpa jangan buat don't know n tak bertegur sapa pulak.. Last kami jumpa waktu interview, dan last kami mesej before konvo, lepas tue dah tak da dah benda-benda lara yang kami mesej atau contact.. dan tak perlu lagi dah kot untuk masing-masing contact semua tue..

Yang membawa ke mimpi tu, aku tak sure mungkin sebab terbawa-bawa dengan program tuisyen hari nie, sebab kena discuss dengan pengurusan tentang hala tuju tuisyen. Sama pula dengan event, dulu-dulu yang kami kena handle ramai-ramai melibatkan semua dalam sesuatu program. Bila teringat semua, so mungkin juga itu terbawa sekali cerita dia..

Cerita mimpi aku:

Situasi depan rumah aku,ada kawan aku sorang tengah sidai baju di ampaian depan rumah aku waktu tue.. dan dua ekor kucing aku tengah beristirehat depan aku berjarak juga la dari depan aku.. depan lorong rumah.. sedang bersembang-sembang dengan perempuan yang sidai baju tue kemungkinan firasat aku kak laili kot.. tetiba dia (si crush) lalu depan aku dan bawa satu surat digulung kecil halus letak dalam kasut depan pintu rumah aku dengan muka kerek dia... aku yang tengah bersembang terus tegur, "bapak la, kerek gila lalu depan aku tak bertegur langsung... " aku cakap dengan nada yang biasa la.. sambil pandang dia.. kaklaili still sidai kain macam biasa tanpa hiraukan apa yang berlaku.. tapi kucing-kucing aku tue pandang aku, macam aku kata kat diorang lak, so aku pun cakap " ah, bukan korang la kucing.. korangkan kucing-kucing aku yang baik..." lepas tu aku dengan selambanya lagi pergi ambil surat yang dia gulung-gulung dalam kasut tue, pergi ambil buka tapi dalam keadaan teragak-agak juga.. sebab tak sure surat tue dia nak bagi sapa.. mungkin juga kat kaklaili... tapi aku selambanya pergi buka juga...

aku buka surat tue dan nampak perkataan yang tertulis.. bunyi dia lebih kurang macam nie la " hati orang pun ada had and limit juga.." dan terus aku pandang dia time tue.. tiba-tiba aku nampak dia duduk dalam kotak board, sambil sembunyi muka dan badan dia pada masa yang sama keluarkan kad yang dibalut kertas pink, balutan cincai stapler ja.. di suakan pada aku melalui celah-celah kotak.. so aku ambil dan buka ada pinggan polistren putih yang tengah-tengah dia tulis SORRY besar-besar dan tepi-tepi dia ada perkataan yang menyentuh hati aku... time tue aku diam dan tergemum...  dan dia keluar dari kotak tue dan cakap, " aku suka kau, apa yang aku buat sebelum nie saja uji kau.. aku harap kau dapat terima aku balik.. dan maafkan aku.. tue pun kalau kau boleh terima.." perasaan aku time tue.. aku tergemum dan tak ada respon.. hati tak payah cakap la memang berbunga-bunga sebab orang yang pernah kita suka membalas perasaan tu.. tapi dalam masa yang sama kau dah tak boleh terima keadaan tue.. sebab kau rasa dah redha dah dengan apa yang terjadi sebelumnya.. aku still pegang pinggan yang tertulis SORRY  sambil meratap, tergemam dan tak boleh bagi apa-apa jawapan.. dan akhirnya aku terjaga... terjaga pun still dalam mimpi... dalam hati aku kata "cukup la aku merasai bunga-bunga perasaan tue dalam mimpi... kenyataannya, aku tak dapat terimanya kembali dalam hidup aku.. dan bangun tu aku nampak ada kek brownies, coklat bar dan bunga ros dalam pasu atas meja aku... "biar betul.." aku fikir.. "takkan sampai diluar mimpi pun dia try nak tackle aku balik..." tetiba aku terdengar suara ayah aku kejut bangun subuh... hahahaha... rupanya still dalam mimpi lagi la...

As a nutshell I will conclude that, if u not get what u want tak perlulah bersedih dan tak perlulah nak habiskan sisa hidup dengan meratap yang seorang nie, just chill dengan gaya dan kehidupan yang kita ada sekarang, cuba perbaiki diri dan jadi yang lebih baik daripada sebelumnya.. insyaallah tuhan takkan sia-siakan kita dan tak perlulah kita nak sia-siakan diri kita dengan meratap benda yang dah lepas.. sebab kalau hubungan still menjadi semuanya takkan sama seperti sebelumnya.. pada fikiran aku kan time kita bersama dia pun dia still pilih dan cakap perempuan lain lebih baik untuk dia.. tak ke time dia dah bersama dengan kita nanti peluang untuk dia curang tue cerah juga bila dia jumpa orang lain lebih baik daripada isteri dia.. nauzubillah min zalik dari jumpa suami macam nie.. so takdir tuhan cantik.. sebab kita taknak benda tue.. jadi dia tak jodohkan kita dengan orang itu... so bersangka baiklah dengan Allah mudah-mudahan dia beri yang terbaik juga untuk kita... Aamiiin..



Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..