Percaya pada takdir..

Assalamualaikum.

Here... right now, we already in 2018.. welcome... *smile, clap, and happy*
Me, love to share with us one of a poem from Arabian...  please n chill..

  " Menurut ukuran orang yang mempunyai azam akan tercipta pekerjaan dan perkara yang penting. Dan akan tercipta suatu perkara mulia menurut kemulian orang yang menciptakannya. Besar segala perkara kecil-kecil dimata orang kecil dan kecil perkara yang besar-besar dalam mata orang besar."

yup.. again I like to talk about our aims... nope, my aims actually...

okey.. semalam lepas post tentang azam 2018.. aku check-check balik azam-azam aku yang sebelumnya..  mostly aku nampak hampir keseluruhan apa yang aku nak, aku teringin.. semua AKU DAPAT.. walaupun aku tak dapat pada tahun yang aku nak kan tue.. tapi alhamdulillah.. bila aku tengok balik.. semua-semua yang aku nak tue, aku dah ada dah pun benda tue sekarang..  so apa lagi yang perlu aku rasa kecewa..

yup betul macam puisi arab tue cakap.. sesuatu yang kita inginkan akan berlaku seperti yang kita inginkan.. so tak perlu rasa kecewa dengan apa yang kita kecewakan.. tapi percayalah sesuatu benda akan berlaku bertepatan dengan masa ketika dan waktunya yang betul-betul kita bersedia.. percayalah.. insyaallah.. 

Imbasan masa lalu.. aku rasa aku banyak juga la rasa tak puas dengan diri aku sendiri.. sebabnya kebanyakkan benda selalunya orang dah dapat aku belum dapat.. so aku perlu menanti, bersabar, berusaha dan akhirnya alhamdulillah berjaya.. yup banyak peringkat itu aku rasai.. tingkatan 3, tingkatan 5, Bachelor dan  nak cari kerja pun.. aku rasa peritnya semua benda tue.. kekadang gelisah nak menangis.. dan kekadang sedar sendiri.. mungkin Allah sedang uji aku.. nak melihat aku ingat tak pada dia.. sebab aku banyak lalai alpa dan leka... kekadang mengeluh saja.. tak juga bertindak sebagai hamba yang sebenar-benarnya.. tapi aku sedar.. tuhan tak pernah abai aku.. tiap kali aku berdoa.. insyaallah dia akan bantu.. aku sedih dengan diri sendiri.. sebab tak pernah jadi hamba yang betul-betul sempurna disisiNYA...

Aku nak kekuatan untuk istiqamah kepadaNYA.. tuhan yang mencipta aku.. aku nak jadi hamba yang bertawaduk kepadaNYA..  betul-betul melaksanakan perintanya dan meninggalkan larangan DIA..

Kekadang aku rasa aku bersyukur sangat.. aku didik dengan mengenali islam, terubat hati dengan agama dan iman.. bagi aku dugaan dunia sekarang mencabar.. media sosial pun cukup la mampu mengugat diri kita sendiri.. aku rasa sekarang kebanyakkan aku lahirnya perasaan kekecewaan adalah dari media sosial.. kenapa? sebab selalu tengok post orang lain happy.. dan aku tak capai benda tue.. kekadang la.. sedangkan hakikatnya kita sendiri pun tak tahu.. mungkin dia pernah merasai kekecewaan yang lebih teruk dari kita dan itulah masanya dia merawat kekecewaan dengan menunjukkan gambar happy dia di media sosial.. mungkin.. tapi kita pula bandingkan kekecewaan kita dengan keadaan itu... itu aku rasa benda yang paling useless aku buat bila mengadap sosial media.. dan disebabkan itu juga sekarang facebook aku, eku lebih prefer follow pages yang mampu memberi info berbanding follow orang...

insyaallah aku percaya pada diri aku dan aku percaya pada takdir aku.. kalau nak dilihat balik pada tahun 2016-2017 kenapa aku tak ada progress.. aku nampak kesalahan pada diri aku.. aku tak ada matlamat aku sendiri untuk aku capai pada tahun tue..  yang aku nampak hanyalah nak habis master dan nak ada kerja.. matlamat kerja ada tak? yup aku mencari kerja tapi matlamat kerja aku tak ada.. hati aku lebih kepada nak sambung pengajian phd kan, betul tak??? tuhan tahu apa yang terbaik..  dan satu lagi azam aku tak tercapai apa? hurmmm.... jodoh kan.. sebab tuhan juga tahu.. aku belum bersedia lagi untuk itu... tuhan maha kaya dan maha mengetahui hambanya.. so percayalah pada takdir diri.. dan doakan yang terbaik.. insyallah Dia akan berikan yang terbaik.. 

so.. matlamat aku tahun nie dan mendatang... nak dapat duit banyak... nak dipermudahkan pengajian phd aku berjalan lancar dan cepat siap dan sempura.. mudah dapat kerja sebagai pensyarah dan mengajar dengan sempurna.. dan nak dapat jodoh yang baik, yang sejuk dimata penyenang dihati yang dapat terima kekurangan dan kelebihan aku, bertanggunjawab dan penyayang, bantu aku dalam urusan dunia dan akhirat, sentiasa bersama-sama aku memperbaiki diri jadi yang terbaik dan sentiasa mendidik aku, ajar aku dan cintakan ilmu dunia dan akhirat, hensem, putih dan aku harap bertemu dengan dia dan kami disatukan bawah ikatan yang sah.. dan hidup bahagia  dunia akhirat..  aamiiinnnnnnn...

Hhahaha.. itu impian aku dan cita-cita aku moga jadi kenyataan..


" Fa idza azamta fatawakkal ' alallah"
(Apabila sudah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah)


(kenapa rasa macam ayat barai sangat)... 





Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..