Kajian di oil palm lagi..

Assalamualikum..

Sekarang minggu keempat kajian aku, selepas aku habis  kajian di fragment B  aku dah pun berpindah ke fragment E.. Complete satu fragment dan E aku sempat siapkan satu saja kawasan kajian disebabkan gajah ada di frgament E aku tak berani nak teruskan kajian ke point seterusnya and decide aku pindah ke oil palm.. salah satu control site kajian aku  nak tengok perbezaan dengan fragment... so minggu ni bermulalah kajian aku di kawasan kelapa sawit pula

Dari plot fragment ke kelapa sawit mengambil masa 2jam perjalanan. Mula-mula masuk oil palm rasa.. first lega.. sebab lama dah naik turun, naik turun bukit, redah lalang, tak larat mengadap pacat hari-hari.. berparut berkudis  kulit..  rasa syukur kejap dapat keluar dari keadaan tu.. no more kawasan susah gila nak dapat line phone.. hahah.. masuk oilpalm laju berdesup je online..rumah ada tv.. ada aircond mana tak heaven.. second... mengimbau balik kenangan time collect data master dulu di oil palm.. keluar pagi n petang check net burung dan rama-rama.. kenangan semua tu..

Disini SAFE telah bekerjasama dengan Benta Wawasan estete jadi kami para penyelidik akan diberikan kemudahan rumah penginapan di dalam estate memang sangat memudahkan kerja.. cumanya masak sendiri je la.. sama macam tolong sampling group mammals menumpang di rumah rehat perhilitan...

Disini juga aku hire pembantu penyelidik so kalau di hutan aku prefer 2 orang and di estete ni aku pakai sorang je la.. sebab sikit-sikit aku boleh angkat sebab bentuk muka bumi disini pun senang je jalan landai.. sepatutnya aku ada disini just empat hari tapi disebabkan cuaca yang tak menentu aku terpaksa tangguhkan kerja keran method kajian aku tak boleh ada hujan.. so macam duduk bercuti pulak aku rasa disini..  setakat hari ni aku memerlukan dua hari lagi tanpa hujan untuk siapkan kajian aku sini..

so aku nak share gambar kajian je la..


ninja turtle.



Selangan Batu Guest House,
Tawau Sabah..
4:18 pm 03052019
Golek-golek atas katil sebab boring xmasuk sampling...

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..