Berkebun

Assalamualaikum. Actually tak ada mood aku nak menulis hari ni. Mengantuk sangat dari semalam belum tidur lepas identify semut rancang nak tidur pukul 2 tu, sekali terlayan cerita korea ' I pick a star from the street' sampai ke subuh. 10 episod aku dapat layan cerita sampai habis guna 2x speed, faham juga jalan ceritanya dan habis. Lepas subuhnya konon rancang nak tidur la, sekali terasa diri sendiri busuk pula pergi la mandi dulu then baru rancang tidur. Time mandi tu sekali harung basuh baju, lepas basuh baju siramkan la sekali pokok-pokok diluar alang-alang ampai baju. Selepas siap siram pokok, sidai baju kemas la sikit rumah sapu-sapu. Time ready nak tidur sekali, management kolej mesej nak datang baiki lantai rumah hari ni. Dan padahnya sampai sekarang la aku tak tidur. Kalau nak suruh aku id semut time ni atau baca paper jangan harap la. Memang nak muntah aku rasa bila tak cukup tidur ni dan nak buat kerja-kerja lain. Jadi sambil tunggu diorang buat kerja aku pikir baiklah aku tulis blog memandangkan tahun 2021 aku belum tulis apa langsung lagi kan. 0h ya. Selamat tahun baru 2021.Tahun ni umur aku dah masuk 32 tahun dan masih status pelajar. Dan selamat mengharungi perintah kawalan pergerakan fasa 2, tapi untuk tahun ni aku mengharungi fasa pkp di kolej pula iaitu di Sabah, bukan lagi di kampung. Nak habiskan akau punya data-data ni cepat-cepat weh.



Hari ni nak bercerita berkaitan kebun kayangan aku. Aku baru berpindah ke kolej bulan 11 tahun lepas. Memandangkan pelajar pun tak ada sangat time ni. Masa aku pun banyak habis duduk dirumah, pkp lagi. Bagi menghilangkan rasa boring, bosan mengadap laptop, tv dan microskop je, so aku decide tanam la benda-benda hijau untuk sejukkan mata aku memandang. Jom cuci mata tengok kebun-kebun aku jap.. jom..



Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..